CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10697|Reply: 9

[Politik] PAS sudah menggelabah, nak pecat bagai....

[Copy link]
Post time 12-12-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 12-12-2023 11:01 AM

Oleh Wartawan BH - Disember 11, 2023 @ 9:59am

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat PAS diberi amaran akan dipecat jika mereka memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, mengingatkan wakil rakyat parti berkenaan agar tidak melupakan bai'ah atau janji setia kepada PAS ketika mahu menjadi wakil rakyat.

"Sudah tentu akan dipecat daripada parti. Dia tak dikira mewakili PAS dalam Parlimen...tetapi kalau dia buat (sokong Anwar), dia secara automatik akan terpecat.

"Kepada ahli (yang) berhormat, kita sudah berikrar dan bai'ah atas nama Allah, maka kita bukan saja bertanggungjawab dengan presiden, dengan jawatankuasa pusat sahaja. Kita bertanggungjawab dengan Allah.

"Kita akan berhadapan dengan Allah untuk dibicarakan atas apa tindakan yang kita buat. Bicara di hadapan Allah. Dahsyatlah sebab Allah tahu apa niat kita, waktu kita lakukan itu," katanya dipetik FMT.

Peringatan itu sebagai reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal siang tadi yang mendakwa, tujuh atau lapan lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari beberapa negeri akan memberi sokongan kepada Anwar dalam masa terdekat.

Dalam sidang media pagi tadi, Syed Abu Hussin bagaimanapun tidak menyatakan Ahli Parlimen berkenaan sama ada daripada PAS atau BERSATU.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata dakwaan Syed Abu Hussin itu bertujuan menarik perhatian pihak kerajaan sahaja.
"Beliau sendiri sudah tidak ada nilai. Tidak berbaloi membuat pengisytiharan sokong Anwar dalam Dewan Rakyat," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 01:38 PM | Show all posts
Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, mengingatkan wakil rakyat parti berkenaan agar tidak melupakan bai'ah atau janji setia kepada PAS ketika mahu menjadi wakil rakyat.

"Kepada ahli (yang) berhormat, kita sudah berikrar dan bai'ah atas nama Allah, maka kita bukan saja bertanggungjawab dengan presiden, dengan jawatankuasa pusat sahaja. Kita bertanggungjawab dengan Allah.




Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 01:50 PM | Show all posts
puak2 phancing serabut sebab tak boleh makan mp pas.  meroyan laa korang fikir siang malam atap dah kena tebuk sikit2.  nanti bila dah covid naik mencanak, tahu laa korang siling pun kena angkut...  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabra much ke...kesian la puak2 pemfitnah rasuah tu upah ni...loserrrr
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 02:18 PM | Show all posts
katakan lah tetiba eddy bawang nak join kerajaan...... dan seluruh MP wala pada saranan eddy bawang.... adakah bai'ah atau janji terpakai atau boleh ejas sebagaimana selalu depa buat.... bila kena tang mereka maka dalil baru akan klua......
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 02:25 PM | Show all posts
Waktu cemolot dengan DAP dulu, syariah compliant.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2023 05:49 PM | Show all posts
BENTARA replied at 12-12-2023 02:18 PM
katakan lah tetiba eddy bawang nak join kerajaan...... dan seluruh MP wala pada saranan eddy bawang. ...

buleh ejah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
BENTARA replied at 12-12-2023 02:18 PM
katakan lah tetiba eddy bawang nak join kerajaan...... dan seluruh MP wala pada saranan eddy bawang. ...

Pengikut PAS ni sebijik mcm lembu yg diikat hidung. Mana pemimpin depa bawak, depa akan ikut tanpa pikir. Menepati sifat golongan Khawarij dalam sejarah Islam.

Petikan ceramah Dr Maza:

Ali suruh Ibnu Abbas berhujah dengan Khawarij pasal Khawarij ini yang ada lekuk di pipi kerana kuat solat malam tapi siang kafirkan anak-anak orang Islam, memerangi orang Islam di atas dasar di atas dasar sesiapa yang tidak berhukum Allah, mereka orang kafir.

“Kata Ali dalam riwayat yang masyhur, jika kamu nak keras kepala juga, aku kafir dan sesat, aku minta tolonglah, jangan pergi kafirkan seluruh umat Muhammad dengan dosa dan kesalahanku.

“Kamu tahu bahawa Nabi memotong tangan pencuri tetapi dia beri harta pusaka. Nabi menghukum orang berzina, tetapi dia menyembahyangkan jenazahnya.

“Bagi orang Khawarij siapa buat dosa besar maka dia lawan Tuhan, maka dia kafir,” kata ilmuwan itu lagi.

Peringatan Dr MAZA itu tersebar ketika banyak pihak gusar dengan kenyataan melampau batas Pas yang menyamakan pendekatan pemerintahan Kerajaan Perpaduan-MADANI seperti pendekatan golongan munafik.

Kelmarin, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi Minda Presiden Pas tergamak mengaitkan Pakatan Harapan (PH) dengan sifat munafik dan rejim Israel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement dia tu, sapa² ahli kuar parti kompem kena soal siasat dengan tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 10:51 PM | Show all posts
Pitenah...mengkhafirkan org, bazir beli Mercedes tak hengat Allah ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062511 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list