CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21892|Reply: 3

[Dunia] Roti canai dinobatkan hidangan kedua terbaik dunia

  [Copy link]
Post time 21-12-2023 12:14 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Roti canai yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa telah dinobatkan hidangan kedua terbaik dunia dalam kalangan 100 senarai hidangan yang dikeluarkan TasteAtlas.

TasteAtlas merupakan sebuah laman antarabangsa yang menjadi panduan pelancongan dalam talian mengeluarkan carta 100 hidangan terbaik dunia.

Ia berdasarkan ukuran dalam kalangan 10,927 katalog hidangan mengikut 395,205 rating pengguna untuk memilih 100 hidangan terbaik.

TastleAtlas juga menamakan Nasi Kandar Pelita, Tg’s Nasi Kandar dan Sri Nirwana Maju sebagai restoran ikonik untuk menikmati roti canai.

Roti canai berada kedudukan kedua selepas hidangan Picanha dari Brazil manakala Phat kaphrao yang merupakan juadah kegemaran rakyat Thailand pula pada tangga ketiga dalam kalangan 100 senarai dikeluarkan.

Pada September lalu, roti canai pernah diiktiraf sebagai roti terbaik dunia oleh TasteAtlas yang menerbitkan carta 50 teratas Roti Terbaik di Dunia.

Roti canai adalah roti leper goreng yang popular di Malaysia, diadun dengan tepung, minyak sapi atau minyak sayuran dan garam.

Doh diuli beberapa kali bagi membentuk lapisan sebelum menjadi tekstur yang lembut dan gebu di bahagian dalam dan rangup di lapisan luar.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon x nak klaim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Roti canai best kott
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:00 AM | Show all posts
aku google picanha tu sbb nk tau amende tu. rupanya a cut of meat, bhgian rump.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.055250 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list