CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10651|Reply: 31

[Jenayah] Tiga pelarian Rohingya dalang 27 kes maut terbunuh berbalas tembak dengan polis

  [Copy link]
Post time 23-12-2023 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Tiga pelarian Rohingya dalang 27 kes maut terbunuh berbalas tembak dengan polis


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, (dua kiri) menunjukkan senjata yang digunakan oleh etnik Rohingya untuk merompak pada sidang media di IPD Gombak. NSTP/FATHIL ASRI.

GOMBAK: Polis menumpaskan satu geng pecah rumah dan samun didalangi pelarian etnik Rohingya selepas menembak mati tiga anggota kumpulan itu dalam kejadian berbalas tembak di Taman Selayang Jaya, Selayang di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata ketiga-tiga suspek berusia 30-an itu yang menaiki sebuah kereta jenis Ford Fiesta dikesan di kawasan itu oleh sepasukan anggota rondaan cegah jenayah, kira-kira jam 12.30 tengah malam.


Beliau berkata, ketika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, suspek enggan memberi kerjasama dan mula bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah polis.

"Berikutan itu, anggota polis melepaskan tembakan balas ke arah kereta suspek dan berlaku insiden berbalas tembakan. Suspek melepaskan tiga das tembakan ke arah polis.


"Polis yang melepaskan tujuh das tembakan ke arah kereta suspek berjaya menumpaskan kumpulan itu. Pemeriksaan mendapat ketiga-tiga suspek dalam keadaan berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dan Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir.

Ad
Hussein berkata, pemeriksaan menemui dua kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada diri dua daripada suspek, manakala seorang lagi suspek didapati tiada dokumen pengenalan diri.

Polis turut menemui sebilah parang panjang dan dua pistol jenis Revolver dalam kereta suspek.

"Bagaimanapun, semakan lanjut ke atas suspek tanpa identiti itu mendapati dia adalah etnik Rohingya mempunyai rekod jenayah berkait kes pecah rumah dan samun sejak 2011 dan pernah dipenjarakan pada 2016 dan 2017 atas jenayah itu.

"Kita percaya ia geng yang sama mendalangi jenayah itu sejak 2011 bukan sahaja di Selangor malah di Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang," katanya.

Hussein berkata, sejak 2011 hingga kini, geng itu dipercayai mendalangi sekurang-kurangnya 50 kes pecah rumah dan samun di enam negeri terbabit.

"Untuk tempoh sepanjang tahun ini sahaja, kumpulan itu mendalangi 27 kes samun dan rompak di Selangor membabitkan kerugian mencecah RM1.3 juta.

"Kes terbaharu di Selangor membabitkan geng ini adalah pada 8 Disember lalu di Batang Kali, Hulu Selangor yang melarikan tiga jam tangan Rolex dan dua jam tangan Hublot dengan nilai kerugian RM445,000," katanya.

Katanya, pada November lalu, rekod menunjukkan kumpulan ini mendalangi dua kes pecah rumah di Hulu Selangor, masing-masing pada 5 dan 19 November lalu dengan kerugian mencecah RM48,000.

"Modus operandi kumpulan ini adalah mensasarkan kediaman yang penghuninya tiada di rumah sebelum memecah masuk dan melarikan barangan berharga," katanya.

Hussein berkata polis menjalankan semak lanjut dengan pihak UNHCR di negara untuk mengesahkan identiti kedua-dua suspek yang ditemui dengan kad suruhanjaya itu untuk memastikan kesahihan identiti mereka.

"Kumpulan ini memang menjadi buruan pihak polis dan sebelum ini mereka melakukan jenayah dengan bersenjatakan parang, namun kini mereka didapati menukar modus operandi dengan bersenjatakan pistol.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut punca dari mana pistol ini diperolehi dan sama ada dua pistol itu pernah digunakan untuk jenayah lain. Kita juga sedang mengesan saki baki anggota kumpulan ini.

Dalam kejadian malam tadi, katanya ketiga-tiga suspek yang tinggal di sekitar Batu Caves dan Selayang dipercayai sedang merancang untuk melakukan pecah rumah.

Katanya, rekod menunjukkan kumpulan ini sering melakukan pecah rumah dan samun di kawasan Hulu Selangor dan Ulu Yam, serta Batu Caves dan Selayang.

Hussein berkata siasatan lanjut kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my
December 23, 2023 @ 4:25pm


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/12/1192110/tiga-pelarian-rohingya-dalang-27-kes-maut-terbunuh-berbalas-tembak-dengan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2023 05:15 PM | Show all posts
Syukur alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 05:41 PM | Show all posts
mana ngo2 yang gigih back up etnik rohingya ittew nyah? tak nak bagi bantuan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok ni NGOk2 sekalian.hasil membela diorng.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..

Puhlis semua slamat dak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nk halau rohingya ni semua?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
rohingnya ni baik hantar ke pedalaman papua. baru ko tahu langit tinggi rendah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawa la masuk lagi pelarian banyak banyak...tak belajar dari sejarah Pulau Bidong.

Mula2 bawa parang, lepastu pistol...lepasni pakai kereta kebal macam kat Cuba , Brazil tu pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya dah buat kes.. helok la kena tembak tu.. tah berapa mangsa teraniaya
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat malam Rohinglas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mane lobai2 penjilat rohingya sodare sesame islam tuihh
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Rohingya ni patut belayar pi Pulau Sentinel ke mana tu, takde org duduk situ kecuali org asli yang makan org tu. Haaa tengok siapa makan siapa, kalau Rohingya menang ko membiak la kat situ takdr siapa ganggu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup rohingyaaaaaaaa

-merhom nom nom
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanatz punya rongya. Memang patut tembak mati je, nanti jadi macam tiger rongya tu. Halau je depa ni kalu naik tongkang. Datang sini nak menjahat pulak. Blacklist aja depa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan agar rohingya ni pergi rompak rumah menteri, teenaganita, ham dan ngo2 yg bela mereka.. mohon sgt yg disebutkan diatas hadapi mslh, kesukaran, bencana sbb rohingya… sbb mereka ni la yg syg sgt rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la mampus. Aman damai hulu selangor, ulu yam, batu caves & selayang lepas ni. Tapi selayang masih ramai geng ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 23-12-2023 05:51 PM
Tengok ni NGOk2 sekalian.hasil membela diorng.

Jangan pukul rata..hanya segelintir yang jahat.
NGOk hak asasi .
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas kpd polis yg jalankan amanah dlm operasi ini dgn penuh tanggungjawab..baru la rasa berbaloi bayar cukai pendapatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Rohingya kesayangan wardina...padahal wardina sendiri lari duk australia
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon hntr smue rohingya.. jgn tinggal bersisa walau satu pun kt malaysia nihhhh..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.066657 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list