CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3964|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pusat hiburan dilindungi ahli kongsi gelap diserbu

[Copy link]
Post time 25-12-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Upah ahli kongsi gelap sebagai ‘bouncer’ dan menjadikan pusat hiburan sebagai lokasi berkumpul dan berhibur.

Perkara itu dibongkar susulan serbuan sepasukan polis dari unit Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) JSJ Bukit Aman terhadap enam buah pusat hiburan menerusi Op Noda di sekitar Selangor dan ibu negara, Jumaat lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan berkata, serbuan dilakukan Bahagian D7 bermula pukul 9 malam.

“Op Noda Pusat Hiburan ini berjaya menangkap 21 orang terdiri daripada warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan, pengurus dan pekerja am.

“Dua ahli geng kongsi gelap bersama seorang dikehendaki juga antara yang ditahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Tambah kenyataan itu, hasil saringan air kencing juga mendapati empat individu yang ditahan positif dadah jenis methamphetamin dan ketamin.

Ujarnya, modus operandi pusat hiburan ini ialah berselindung di sebalik perniagaan berkonsepkan ‘open pub and club’ serta beroperasi di deretan bangunan rumah kedai dipercayai cuba untuk mengelirukan pihak berkuasa.

“Premis hiburan ini juga telah menggunakan khidmat ahli kumpulan kongsi gelap sebagai ‘bouncer’ selain menjadikan premis sebagai lokasi kumpulan kongsi gelap berkumpul dan berhibur,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan Imigresen 1963, Akta Eksais 1976, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ngsi-gelap-diserbu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049893 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list