CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12831|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Syarikat tipu pakej umrah ada 35 laporan polis

[Copy link]
Post time 26-12-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur: Polis menerima 35 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan sebuah syarikat agensi pelancongan dengan kerugian direkodkan lebih RM1 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan diterima di Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Kita buka enam kertas siasatan membabitkan syarikat berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

"Semua kes yang dilaporkan ini membabitkan bayaran daripada mangsa ke akaun bank milik syarikat berkenaan. Buat masa ini, belum ada tangkapan dibuat dan kes terbabit masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Ramli berkata, pihaknya juga ada membuka kertas siasatan kes berkaitan umrah terhadap syarikat sama pada 2018 dan 2019.

"Dalam kes berkenaan, mangsa membuat pembayaran ke dalam akaun bank peribadi ejen yang tidak menyerahkan wang itu kepada syarikat terbabit.

"Bagi kes itu, sudah ada tangkapan dan pertuduhan dibuat," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan hasrat empat sekeluarga untuk menunaikan umrah buat pertama kali tidak kesampaian apabila menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat agensi pelancongan yang menyebabkan kerugian lebih RM47,000.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... da-35-laporan-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.051501 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list