CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13923|Reply: 0

[Perak] Suami isteri didakwa jadi 'transporter' PATI

[Copy link]
Post time 26-12-2023 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Kamarulzaman (depan) dan isterinya, Supiani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas tuduhan menjadi 'transporter' kepada penyeludupan 10 PATI. - Foto NSTP/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

TELUK INTAN: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membawa 10 warga Indonesia yang diseludup di Hutan Melintang, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan ke atas Kamarulzaman Abd Wahab, 60, dan Supiani, 54, dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama sebagai operator sebuah kenderaan jenis Nissan Serena didapati mengangkut 10 migran warga Indonesia yang diseludup iaitu Agus Wiyono; Gunawan; Yode @ Wahyudi Ahmad; Salim; Indra Abdi; M.Sabri @ Muhamad Sabar; Ahmad Lukman, Gimin; Lutfi dan Suparman di Jalan Batu 12, Jalan Bagan Datoh, dekat Hutan Melintang, jam 5.30 pagi, pada 29 November lalu.

Kedua-dua mereka yang bekerja sebagai pembantu kedai makanan itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nazreen Zabarudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Februari depan untuk pengurusan kes serta bagi kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 12 Disember lalu, seramai 10 migran warga Indonesia yang diangkut pasangan suami isteri itu didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini secara haram di Mahkamah Majistret Teluk Intan, dan dijatuhi hukuman penjara empat bulan dari tarikh tangkapan serta satu kali sebatan setiap seorang.
https://www.bharian.com.my/berit ... di-transporter-pati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.233022 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list