View: 43876|Reply: 70
|
[Jenayah]
"Setakat Sambal Sardin Aku Boleh Masak!" - Pompuan Gila Meroyan, Terjerit-Jerit Tak Dapat Keluar Dengan Laki!
[Copy link]
|
|
Gambar contoh sambal sardin.
AKTIVITI lepak di kedai makan pada waktu malam sehingga ke awal pagi bukanlah satu benda yang pelik di negara ini.
Malah, aktiviti yang popular dalam kalangan kaum Adam ini pastinya akan lebih meriah sekiranya ada perlawanan bola sepak atau ketika musim Piala Dunia Fifa.
Terbaharu, tular video memaparkan seorang wanita yang mengutarakan isu itu, apatah lagi sekiranya ia dilakukan oleh lelaki yang bergelar suami.
Dengan penuh bersemangat, wanita yang bertutur dalam dielek utara itu menyelar sikap lelaki yang sanggup keluar lewat malam sehingga mengabaikan isteri di rumah.
"Aku ni kadang-kadang mati akal, jadi bodoh juga, tak tahu nak cerita macam mana. Anda tahu tak di rumah ni, kita boleh bancuh air (minuman). Boleh masak nasi, semua boleh.
"Tapi yang aku pelik, nak pergi juga di kedai. Aku tak tahu di kedai tu ada apa? Boleh keluar pergi kedai pukul dari pukul 10 malam sampai 3 pagi, duduk lepak, minum air secawan. Nganga tengok cawan.
"Kau tengok aku, aku tengok kau. Bini nak ikut tak nak bawa. Tak bagi. Aku pun tak tahu, mati akal tak boleh fikir," ujar wanita itu dalam nada geram.
Dalam video sama, dia berkata hidangan yang dijual di kedai boleh disediakan oleh isteri, namun ramai lelaki tetap memilih untuk keluar melepak bersama rakan-rakan.
"Di rumah, setakat nak minum air kopi aku boleh bancuh. Setakat nak nasi sambal sardin, aku boleh masak. Masalahnya bukan pergi makan sambil sardin. Teh o ais segelas, lepas tu nganga.
"Duduk di rumah sembang dengan bini lagi bagus. Tak berleter geram, berleter kata berleter. Modal bawa balik burger sebiji nak pujuk, ingat kita lapar burger dia tu?" ujarnya lagi.
Video wanita itu yang tersebar meluas di media sosial bagaimanapun turut menerima kecaman segelintir netizen yang kurang senang dengan gaya penyampaiannya.
Malah, beberapa individu turut berpendapat cara wanita itu bertutur merupakan satu kelaziman biasa dalam kalangan mereka yang menetap di negeri utara.
"Dah kalau bini pun bersembang macam kat dalam stadium, padahal depan muka je, memang la laki kau pergi healing kat mamak.
"Kenapa kebanyakan wanita utara yang famous bingit selalu. Tak boleh cakap macam biasa ke?
"Aku benci jerit-jerit bingit macam ni, tambah-tambah loghat ni, aku nak cilikan mulut dia.
"Tak tipu tapi perempuan utara memang suka membebel macam ni, trademark yang mereka banggakan," tulis netizen.
Malah, beberapa individu dari negeri utara turut meluahkan rasa kurang senang dengan gaya percakapan wanita itu.
"Aku orang Kedah pun tak sanggup tengok video ni sampai habis
"Aku yang orang utara pun sakit kepala dengar dia cakap. Kita sembang tak bising macam ni," tulis netizen. |
|
|
|
|
|
|
|
kasarnya cara ckp..loghat mana ni ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa nk penampaq muka hang...bingitttttt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la laki kau lari mamak. Kat rumah agaknya dia nak minum pun tercekik2 kau duk memekak mcm tu 24 jam gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak jauh menantu2 ak perangai mcm ni.. Ank2 pompuan ak pun mintak dijauhkan perangai mcm ni.. Ko tny knp laki ko lari g mamak.. Kitorang yg dgr ni pun rase nk bg pelempang |
|
|
|
|
|
|
|
Bingitnya
Ingat funny ke?
Kalau belum kawen tunjuk memetir macam ni Ada ke laki nk jadikan Bini??
Ehhh kosertr |
|
|
|
|
|
|
|
mcm nak putus urat leher
bila org utagha melontar kata2 |
|
|
|
|
|
|
|
dia try nak nampak kelakar la tu awat serius sangat netizen pun
isunya apa, loghat utara tak romantik ka? biaq pi la
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki takut bini melepak mamak rumah bingit macam neraka |
|
|
|
|
|
|
|
Muka comey tp mulut nyaring. Dulu masa kawan2 dgn laki hang, dia rasa hang beletiaq tu lawok. Now dah kawen bila dia kena dgr 24jam,mesti dia stress.
Manis2kan senyuman, ckp elok2 dgn suami sbb tinggi suara dgn suami dosa. Nak leter tu suara perlahan pun boleh kot.
Mamak tu ckp dgn laki hang pun lagi lemah gemalai dr hang tau dak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by _blackbird at 30-12-2023 03:25 PM
ntah la nokkk... ni bukan pasal ko pandai siang ikan ka, pandai masak ka terer buat air ka... kdg ni org melepak bukan semata2 nak minum air sgt pon tapi lebih pada isi masa lapang. huhuhu dpt partner same tune, wavelength & alignment mmg boleh kulu kilir korg berdua je, kemana2 buat apa2 bersama, malah lebih fun kalau partner bersama dari org lain.
ni dpt partner yg member nak citer "some topic", ko pulak nganga tak interest or clueless mmg le org bosan nok... lepak dengan kawan2 lagi bagus, same tune, interest topic borak sama tu yg tau2 dah pukul 3am kuikuikui. moral of story, kalau partner ko tu lebih suka habiskan masa di luar bersama kawan2 dari di rumah, ermmm rasa reflect diri kot, sama ada ko terlalu tegas di rumah, kuat bebel, atau berborak dengan ko tu mmg membosankan. dari buang masa merempan kat internet, marilah join porum cari, byk kan membaca isu semasa utk keep up conversation. ahhgitewwww |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb kau BINGIT wahai perempuan.
Tu nasib x kene tinggal selama-lamanya je |
|
|
|
|
|
|
|
Org utara lain x bingit mcm ni kan? |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 30-12-2023 12:44 PM
kasarnya cara ckp..loghat mana ni ek?
Melake.. oghang melake mmg kasau kasau |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah laki xnk blik rumah
Kedai mamak lebih tenang |
|
|
|
|
|
|
|
Kuda belang = kuda beliaq |
|
|
|
|
|
|
| |
|