“Kak oi, sambal kicap saya tak letak belacan, sebab kebanyakan resepi yang saya tengok tak ada belacan. Kak seorang saja yang tambah belacan,” demikian jawapan seorang pengguna Instagram terhadap komen Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mengenai video resepi seorang pengguna lain.
Wanita tersebut nampaknya tidak bersetuju dengan cadangan Raja Permaisuri untuk menambah belacan dalam sambal kicap.
“Untuk lebih sedap, masukkan sedikit belacan dan goreng sekali,” cadang baginda Tuanku.
Mengenai perkara itu, dalam ruangan komen, netizen secara umumnya mengkritik tingkah laku wanita tersebut yang dianggap kurang sopan.
“Kak oi, awak tahu tak dengan siapa awak bercakap? Awak rakyat negara mana? Biadap sangat bahasa awak,” tegur Annuar.
“Mungkin dia duduk dalam gua, tak kenal siapa pemimpin negara, Agong kita, Raja Permaisuri kita. Awak patut banyak membaca, bukan hanya tahu komen sahaja,” kata Ayuni Dahlia.
Terdapat juga pengguna yang mengkritik tindakan wanita tersebut dan berpendapat setiap orang mempunyai resepi tersendiri.
“Setiap orang ada cara sendiri untuk membuat makanan sedap, tak perlu awak nak perli atau mempersoalkan cadangan orang. Suka, ikut… tak suka, abaikan, mudah sahaja,” pesan Adiraa.
“Aku letak je belacan lagi sedap,” ujar Syamsiah Yaacob.
Walaupun begitu, dalam komen terkini wanita tersebut, dia meminta maaf kepada Tuanku Permaisuri berkaitan dengan tindakannya sebelum ini.
“Tuanku, saya memohon maaf dengan sepenuh hati atas kata-kata saya yang berlebihan terhadap Tuanku. Saya sungguh minta maaf,” rayu wanita tersebut.
RESIPI SAMBAL KICAP JOHOR ALA-ALA RAJA PERMAISURI
Bahan-bahan:
Cili Api
4-5 ulas Bawang Putih
Kicap
Gula
Secubit garam
Sedikit belacan yang sudah dibakar
Cara-cara:
Tumbuk lada bawang putih sehingga lumat.
Masukkan kicap gula dan garam gaul sebati.
Siap.
kalau berumah di tepi pantai, jangan takut dilambung ombak....kalau dah org penting negara pun gigih nak beramas mesra kat socmed dgn rakyat jelata, apa yang salahnya kalau dipanggil sis mcm org lain...itu bukannya ruangan rasmi pun....
Post time 31-12-2023 02:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
OT berkaitan belachan;
Cer kau letak belacan (pastikan dah toasted) dalam kari. Tumis sekali dengan rempah lain. Padu ooo. Dia bagi depth dalam rasa kari tu. Aku tak ingat dari mana aku blaja tapi rasanya resepi orang Johor. Pehtu letak sos tiram. Dua ni secret ingredients aku bila masak kari. Bang @ultra78 sila cuba. Tetiba la kan menyeru.