CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24996|Reply: 88

[Jenayah] "Apa Dosa Aku Dengan Bini Aku?" - Disahkan Menghidap Autisme, Suami Benci Dapat Anak Cacat, Berat Sangat Ujian

  [Copy link]
Post time 31-12-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode


SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka.

Malah, besar harapan ibu bapa untuk melihat bayi mereka membesar sebagai anak yang sihat dan menjadi insan berguna pada masa depan.

Terbaharu, seorang lelaki tular di laman X apabila dia meluahkan rasa kecewa selepas anaknya disahkan menghidap autisme.

Menurut lelaki itu, dia dan isterinya malu mengenangkan hal tersebut, apatah lagi ia melibatkan cahaya mata pertama mereka.

"Apa salah aku? Anak aku didiagnos sebagai autisme. Apa dosa aku dengan bini aku? Kenapa dapat anak cacat macam ni?

"Isteri aku dari tadi menangis. Berat sangat ujian. Malu la aku, anak pertama pula tu. Kami dah plan cantik dah, cuma nak anak seorang.

"Tiba-tiba anak cacat, benci la," ujar lelaki yang tidak mendedahkan identitinya itu menerusi luahan pada Jumaat.

Perkongsian itu menerima lebih 2,700 ulang kicau dan turut dihujani komen netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan pengadu.

"Bukan anak yang cacat, tapi kau yang cacat. Kau tak bersyukur dapat anak yang boleh tarik kau masuk syurga terus.

"Dia anak syurga. Terima dan jaga dia seadanya. InsyaAllah dia yang akan tarik kita masuk syurga.

"Mohon lebihkan membaca ya bro. Ajak bini kau pun sama membaca sama pasal autisme," tulis netizen.

Tambah netizen lagi, anak-anak austime juga boleh berjaya seperti insan biasa sekiranya mereka menerima pendidikan serta sokongan sewajarnya.

"Autisme is a spectrum. So dia sangat wide. Kalau mild or mid tu, InsyaAllah boleh hidup normal je bang. Bersyukurlah dapat detect awal, jadi banyak benda you guys boleh lakukan untuk buatkan dia better.

Kehadiran anak menjadi pelengkap dalam kehidupan suami isteri. -Gambar hiasan

"Kepada anon. Autisme bukan cacat. Malah austisme ni dia ada something yang orang biasa tak ada. Bila dia buat something tu sangat detail mengalahkan orang biasa. Dia ada masa depan boleh hidup normal, kita as family kena support," ujar netizen lagi.

Menurut MyHealth, austisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi.

Sebab-sebab autisme tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca daripada faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak.

Terencat akal boleh berlaku dalam 75 peratus kanak-kanak autisme.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2023 01:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukur je la dgn apa yg ada.. byk songeh plakk..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah anak tak sempurna atleast ada anak juga.
Kang kalau takda anak langsung korang bengang plak bila kena sindir ngn acik2.

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Eja mein tu.mmg.nama.admin tu ke atau dia Salah ejA?
Iols syak Ni bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 31-12-2023 01:52 PM

Kehkehkeh apa ke bengap punya manusia da... Ni mesti penonton cite melayu atau indon..yg skrip die xabis persoal, apa salah aku....

Dey tambi, dah kata manusia, setiap saat, minit, jam waktu, xlepas dr buat dosa..kecuali para nabi dan rasul..

Ayat ko yg bengong persoal itu ini pun dh nmpk, dosa ko buat..lg mau tny, apa dosa aku ....harrrkkkktuihhhhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 31-12-2023 01:46 PM
Eja mein tu.mmg.nama.admin tu ke atau dia Salah ejA?
Iols syak Ni bbnu

Mein tu memang nama dia. @meinmokhtar kat X/Twitter
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 02:23 PM | Show all posts
miss_perfect replied at 31-12-2023 02:01 PM
Mein tu memang nama dia. @meinmokhtar kat X/Twitter

siapa mienmokhtar ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2023 02:31 PM | Show all posts
Aduh, manusia apa ini. Apa ndak punya rasa kasih sayang sama anak sendiri?! Anak itu darah daging sendiri! Manusia paling penting dalam hidup ibu dan ayah! Tanggungjawab dan amanah! Jadi emosi saya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya budak tu dpt mk bpk mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni konten utk engagement gamaknye.
Ntah la.
Bosan konten meratip gini.
Aku sampai stop bukak fb grup autism tu.
Byk post² self pity sampai aku pn depressed.
Kesian. Tp aku pn sekasut.
Nk tolong xreti. Nk bg kata² semangat aku pn insan yg lemah hanya mampu berserah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 31-12-2023 02:45 PM
Ni konten utk engagement gamaknye.
Ntah la.
Bosan konten meratip gini.

Aku insan yang lemah, ah-nya mampu berserah...



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 31-12-2023 02:45 PM
Ni konten utk engagement gamaknye.
Ntah la.
Bosan konten meratip gini.

Oh my....sangat betul. Pnah sekali i nampak akak ni post gambar phone dia pecah katanya anak baling. Takde duit nak repair phone bla bla bla. I tengok home screen phone akak tu,  network provider AT&T ye. Nak je i tanya, akak duduk US ke apa? Nampak sgt gambar google. Nak raih simpati orang. Ramai org murah hati dlm group tu, dgn harapan ada la org derma seratus dua kan. Kalau kes genuine, ok la...tapi ada jugak yg cuba2 nasib.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
benharungkar replied at 31-12-2023 02:23 PM
siapa mienmokhtar ni?

Dia famous kat Twitter. Kira otai la sebab dah lama menghuni twitter. Sekarang nampaknya macam orang confess kat dia macam-macam benda.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 31-12-2023 02:45 PM
Ni konten utk engagement gamaknye.
Ntah la.
Bosan konten meratip gini.

Ohh... Meratib yg macam tu kot yang kokping pernah tulis dia tak suka masuk grup austime macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut semua pregnancy ada awal detection before certain time limit boleh buat abortion.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Speechless.
Harap ni hanyalah drpd sekor saiko yg nak sgt attention org.
Tp kalu betul lah apa dia ckp ni, kesian anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa... Selalunya tem group tu jugak yg bagi ayat mcm tu sebab tak tau nak buat content apa lagi.. paling tak boleh blah bila ada yg percaya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 03:43 PM | Show all posts
teringat porumer yg kata parent yg dpt anak cacat tu sebab masa ngesek tak baca bismillah? huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau detect awal takde masalah. Yang jadi masalah kalau dah detect tapi buat bodo. Siap panggil anak tu cacat lagi. Kalau dia takde eye contact, ko la kena usaha tengok mata dia biar lama2 dia ada eye contact. Kalau dia asyik main game, ko kena sorok semua game, telephone, youtube bagai. Kadang2 ada yang boleh jadi baik. Tapi kalau dah usaha tapi masih takde apa2 progress, terima aje dengan hati terbuka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.069698 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list