CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14143|Reply: 8

[Jenayah] Sukar Mencari Makanan Halalan Toyyiba Di Sabah, Menggunakan Garam Dan Gula Adalah Sihir!

[Copy link]
Post time 12-1-2024 10:18 PM | Show all posts |Read mode


Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berperwatakkan alim dan memakai serban dakwa sukar cari makanan ‘halalan toyyiban’ di Sabah.

Menerusi satu perkongsian di X, @PiaPinah_MH memuat naik video itu menunjukkan lelaki tersebut menyatakan sukar untuk mencari makanan ‘halalan toyyiban’ terutama di kedai-kedai makan.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 20 saat itu, lelaki berkenaan sekali gus menyarankan kepada orang ramai untuk memasak sendiri di rumah sebagai alternatif.
“Sebenarnya nak cari makanan yang ‘halalan toyyiban’ ni bukan mudah tau. Memang sangat susah untuk mencari makanan yang ‘halalan toyyiba’ terutama dekat kedai-kedai.
“Jadi sebab tu, memang saya mengalakkan orang ramai untuk makan di rumah, masak sendiri pun takpe,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pekerja di kedai makan tidak menjaga solat dan tidak menutup aurat menyebabkan makanan yang mereka sediakan tidak ‘halalan toyyiban’.

“Pertama sekali, ramai pekerja yang tak jaga solat dan kebanyakannya juga membuka aurat.

“Selain tu, kebanyakan daripada mereka ini menggunakan produk-produk yang bukan ‘halalan toyyiba’.

“Ataupun ada yang tanda halal tapi bila nak pergi ke arah toyyiba tu, Allahuakbar, mereka menggunakan produk-produk yang dikilangkan daripada kilang bukan muslim,” ujarnya.

Malahan, dia juga memetik nama negeri Sabah sebagai contoh antara negeri yang sukar bagi mencari makanan ‘halalan toyyiban’.

“Aku dekat Sabah ni, uish! Susah tahu tak nak cari makanan, sangat susah. Kalau korang nak pergi makan ke apa kan, memang susah,” katanya.

Lelaki itu turut mendakwa bahan penambah rasa seperti gula putih dan garam halus yang digunakan dalam masakan di Sabah merupakan racun dan sihir.

“Mereka menggunakan gula putih dan garam halus sebab ini adalah racun dan sihir. Sebab apa? Sebab dia menggunakan teknologi.

“Gula putih dan garam halus ini yang membuatkan kita hari ini berpenyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi,” dakwanya.

Menjengah ke ruangan komen pada perkongsian @PiaPinah_MH, rata-rata netizen menyatakan rasa kurang setuju berhubung kenyataan lelaki terbabit.

Menerusi tinjauan, pada asalnya video tersebut dimuat naik oleh individu bernama Saad di laman TikToknya yang menggunakan nama @saadabiwaqas7.

Menjengah ke ruangan komen pada perkongsian Saad, ramai netizen terutama warga Sabah menegur lelaki terbabit kerana sebenarnya banyak hidangan di  Sabah yang halal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2024 10:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2024 10:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2024 10:19 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2024 10:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2024 10:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling halal. Ini kalau hidup merantau ni, boleh la jadi raw vegan. Tanam pokok, bela ayam ikan sendiri. Non muslim buat semua haram katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 09:39 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Poyo lah...baik ko dok rumah ko jgn berjalan mana mana...semua x halal toyyiban..puiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059757 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list