Lepas kes rogol dan samun melibatkan anggota polis, sekarang tersebar pula video menunjukkan seorang anggota polis menampar orang awam. Video itu tersebar di aplikasi X dan kejadian itu telah dirakam orang awam yang berada di situ.
Disebabkan rakaman telah tersebar, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan pihaknya sudahpun memulakan siasatan. Ini apabila, timbul dakwaan suspek dipercayai anggota polis berpangkat Sarjan Mejar dan telah melakukan perkara itu di tempat awam.
Tindakan akan tetap dikenakan jika didapati bersalah…
Video tular itu dikesan pada 3.11 petang yang turut memetik nama pegawai polis terbabit serta jawatannya. Kita akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan dan menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan
Tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi.
Dalam video itu, suspek dilihat telah menampar mangsa di muka sambil menarik rambutnya. Suspek juga memarahi mangsa dengan menyebut, “dah la tak puasa, mencuri pula”.
Apapun, kita serahkan kes ini kepada pihak PDRM untuk menyiasat.
Kredit: Harian Metro
|