CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13792|Reply: 0

Tingkat keupayaan TLDM banteras jenayah rentas sempadan

[Copy link]
Post time 3-2-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode

DEMONSTRASI ketangkasan FIC G2000 Mk II dalam mematahkan ancaman jenayah di perairan pesisir pantai di Pangkalan TLDM, Sepanggar di Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU – Tambahan aset baharu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memboleh­kan pasukan operasi bertindak cepat dan pantas dalam menangani aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan pesisir pantai di negara ini.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, perolehan aset baharu iaitu empat buah bot pemintas laju atau Fast Interceptor Craft (FIC) G2000 Mk II itu akan membantu meningkatkan lagi keberkesanan operasi TLDM, di samping mening­katkan keupayaan cegah rintang yang menjadi faktor kritikal dalam menjamin kedaulatan negara.

Beliau berkata, ancaman terhadap keselamatan negara adalah dinamik dan sentiasa berubah, maka penggunaan aset sebegini amat penting kepada TLDM.

“Perolehan FIC ini adalah bukti komitmen TLDM untuk sentiasa siap siaga bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang, terutamanya dalam menangani ancaman bukan tradisional dan asimetrik dengan lebih efektif.

“Ancaman bukan tradisional adalah seperti jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pemerdagangan manusia, rompakan di laut dan aktiviti pelanunan yang sentiasa membayangi keselamatan di perairan negara.

“Jadi perolehan FIC ke dalam Armada TLDM amnya dan Armada Timur khasnya, bertindak sebagai aset pelengkap atau force multi­pliers,” katanya pada majlis penye­rahan FIC G2000 Mk II di Pangkalan TLDM, Sepanggar, di sini semalam.

Jelasnya, FIC berperanan sebagai elemen soko­ngan pertahanan maritim kepada TLDM dalam me­ningkatkan keupayaan pengawasan dan pintasan terutamanya di perairan yang cetek dan ber­pulau.

“Saya juga ingin mengambil peluang untuk menekankan bahawa usaha untuk menangani ancaman bukan tradisional tidak terhad kepada sesebuah agensi sahaja.

“Seperti dinyatakan dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dan Kertas Putih Pertahanan, pendekatan pertahanan menyeluruh menekankan keperluan untuk setiap agensi kerajaan berkerjasama antara satu sama lain bagi membentuk kekuatan menyeluruh dan bersepadu.

“Oleh itu, saya beri jaminan bahawa TLDM akan sentiasa beker­jasama dengan pasukan sahabat yang lain dalam memastikan usaha memelihara keutuhan dan melin­dungi kedaulatan negara dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien,” katanya.

Katanya, pembinaan FIC G2000 Mk II ini berjaya disiapkan tepat pada masanya seperti yang ditetapkan di dalam kontrak.

Kejayaan itu membuktikan bahawa industri pertahanan tempatan khususnya dalam sektor ma­ritim juga mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk lebih maju serta berdaya saing dengan industri pertahanan maritim di peringkat global.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ah-rentas-sempadan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.500488 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list