CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25775|Reply: 6

[Dunia] Akhirnya CEO McDonald's akui perang di Gaza beri impak negatif pada jualan

  [Copy link]
Post time 6-2-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kempczinski akui perang itu mempunyai impak ke atas jualan di negara Asia Barat dan negara majoriti Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia.

RESTORAN makanan segera, McDonald's mengakui perang di Gaza antara faktor syarikat itu gagal mencapai sasaran jualan suku tahunan pertama dalam tempoh empat tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif McDonald's, Chris Kempczinski berkata, perang itu mempunyai impak ke atas jualan di negara Asia Barat dan negara majoriti Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia.

"Selagi konflik dan perang ini berterusan ... kami tidak menjangkakan untuk melihat sebarang peningkatan yang ketara dalam situasi (jualan) ini," kata Kempczinski seperti dilaporkan Al Jazeera.


"Ia adalah tragedi kemanusiaan, apa yang sedang berlaku, dan saya fikir ia memberi kesan kepada jenama kami," tambahnya.

Pertumbuhan jualan bagi restoran itu di Asia Barat, China dan India pada Oktober-Disember mencapai 0.7 peratus, jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 5.5 peratus.

Kemerosotan itu berlaku selepas pelanggan di negara-negara Islam berkempen untuk memboikot McDonald's sebagai tindak balas kepada francais Israel yang menyumbangkan makanan percuma kepada tentera Israel.

Berikutan pengumuman McDonald’s Israel, pemegang francais di Arab Saudi, Oman, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Mesir, Bahrain dan Turki secara kolektif memulakan dana bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Walaupun McDonald's yang berpangkalan di Chicago dikenali sebagai salah satu jenama Amerika Syarikat yang paling ikonik, kebanyakan restorannya di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat tempatan.
McDonald's adalah antara beberapa jenama dari barat yang berhadapan dengan boikot susulan perang Israel ke atas Gaza.

Minggu lalu, rangkaian kedai kopi, Starbucks mengumumkan pengurangan jangkaan jualan tahunannya, dengan memetik kemerosotan dalam keuntungan di Asia Barat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Heshe macam muka tak sihat?


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually kuasa beli muslim on halal food ni mmg besar so gunakan sebaiknya..ciptalah produk yg blh menyaingi produk2 israel us china ni muslim2 seme jgn jd pengguna je
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 6-2-2024 10:08 PM
Heshe macam muka tak sihat?

Byk kedarah fast food..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko boleh je tamatkan sponser pada yisrael tapi ko tetap pilih beri sokongan
Padan la muka..
Tgk family mart takut kena boikot terus declare putuskan hubungam dgn yisrael
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
mcd keluar je dr israel boom! balik sales negara2 lain, buat la pilihan yg bijak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn memain ngn org malaysia
alah kdg bkn la org boikot sgt lebih kpd jaga kesihatan jgk...mkn fast food hari hari cpt mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.069060 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list