CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1549|Reply: 0

[Johor] Kontraktor maut dirempuh ketika kerja baiki jalan

[Copy link]
Post time 28-2-2024 12:03 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat lelaki yang dirempuh ketika melakukan kerja membaiki jalan di Jalan Senibong, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja pembinaan jalan raya maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang membaiki jalan di Jalan Senibong, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, lelaki dipercayai warga asing maut di tempat kejadian.

Komander Operasi dari Balai dan Bomba Penyelamat ( BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Shafie Md Don berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, sembilan anggota bersama sebuah jentera FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ujarnya, kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Perodua Alza yang terbabas merempuh seorang pekerja yang bertugas membaiki jalan.

“Pemandu berusia 52 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa yang dilanggar tersepit di bawah kereta dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, identiti mangsa yang maut masih belum dikenalpasti. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -kerja-baiki-jalan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.155647 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list