CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2432|Reply: 0

[Johor] Isteri rayu suami pulang, Ramadan sudah dekat

[Copy link]
Post time 28-2-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. ISWADI yang dilaporkan hilang sejak 19 Februari lalu sehingga kini tidak dapat dikesan.

PONTIAN – Seorang isteri merayu agar suami tercinta yang menghilangkan diri tanpa khabar berita sejak 19 Februari lalu pulang ke pangkuan keluarga.

Malah menurut Nor Idahyu Azmin, 27, dia dan suaminya, Mohd. Iswadi Abd Wahab, 33, tidak mempunyai masalah keluarga ataupun bergaduh sebelum ini.

“Kami tidak bergaduh, tiada masalah keluarga, saya pun tidak tahu mengapa dia menghilangkan diri.

“Suami saya berasal dari Terengganu, tetapi apabila saya menghubungi keluarga di sana, mereka pun merasa terkejut mengenai kehilangan Mohd. Iswadi,” ujarnya ketika dihubungi di rumahnya di Kampung Maju Jaya Pekan Nanas, di sini.

Tambah Nor Idahyu, dia merasa bingung kerana suaminya tidak memberitahu kemana dia pergi pada 19 Februari lalu kerana ketika itu dia sedang berkerja di sebuah Klinik Pergigian Swasta di Pekan Nanas.

“Saya harap suami dapat pulang sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan pada 12 Mac depan dan berterus terang sekiranya ada sebarang masalah yang dihadapi,” ujarnya yang mempunyai dua orang anak perempuan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pontian, Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat mengenai kehilangan Mohd Iswadi yang telah memasuki hari ke-10 pada semalam.

“Setakat ini kami belum menerima sebarang maklumat dari orang ramai mengenai kehilangan tersebut dan meminta orang ramai membantu sekiranya mengetahui dimana Mohd Iswadi berada,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... amadan-sudah-dekat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.333199 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list