CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1708|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Negeri Sembilan teliti semula peruntukan Enakmen Jenayah Syariah

[Copy link]
Post time 28-2-2024 05:35 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Seri Aminuddin Harun (kiri). FOTO Bernama.

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan sedang mengkaji peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri untuk penambahbaikan.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penelitian semula itu juga susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019, pada 9 Februari lalu.

"Penasihat undang-undang negeri sedang meneliti perkara ini... kita akan lihat apa yang boleh diperbaiki.

"Dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan memang ada (peruntukan) dalam kalangan 16 seksyen itu (kesalahan yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan).



"(Jadi) Kita kaji kesannya pada negeri. MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia) melalui jawatankuasa khas juga sedang melihat perkara ini termasuk apakah kesannya kepada negeri lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel sembilan anggota, membuat keputusan membatalkan 16 peruntukan itu selepas membenarkan permohonan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan.

Mengulas lanjut, Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama negeri berkata, orang ramai khususnya masyarakat Islam dinasihatkan tidak panik.

"Jangan kita panik dan jangan pula kita takut-takutkan orang. Biar mereka yang pakar buat keputusan kerana yang buat kajian itu (MKI) adalah pakar dari kalangan bekas ketua hakim dan bekas hakim.

"Mereka adalah pakar dalam bidang perundangan sivil dan syariah. Kita serah kepada mereka.

"Jangan kita buat keputusan berasaskan diri sendiri, biar keputusan berkaitan perkara itu oleh orang yang betul-betul terlibat dengan undang-undang, supaya

kita dapat keputusan yang betul dan baik," katanya.

Terdahulu, beliau dipetik berkata, tiada keperluan untuk kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa khas di peringkat negeri bagi mengkaji keputusan berkenaan kerana jawatankuasa di peringkat MKI sudah mencukupi sebagai rujukan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... men-jenayah-syariah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062197 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list