CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5938|Reply: 0

[Kedah] Rumah, bengkel baiki kenderaan musnah terbakar

[Copy link]
Post time 29-2-2024 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Rumah, bengkel baiki kenderaan musnah terbakar


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 29, 2024 @ 8:31am bhnews@bh.com.my




Kebakaran sebuah rumah dan bengkel membaiki kenderaan di Kampung Lebai Man, Sungai Petani awal pagi tadi. Foto Bomba




SUNGAI PETANI: Sebuah rumah dan bengkel membaiki kenderaan di Kampung Lebai Man, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi,

Kebakaran itu turut menyebabkan empat kereta dan tiga buah motosikal musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.06 pagi.

Sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhamad Aslan Yusof tiba di lokasi bersama 12 anggota untuk memadam kebakaran.

"Operasi turut dibantu enam anggota dari BBP Aman Jaya dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, tiada mangsa dilaporkan berada dalam rumah dan bengkel berkenaan ketika kejadian.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060568 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list