CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4529|Reply: 0

[Johor] Gaji ribuan ringgit di Singapura, hidup bergelandangan di Johor Bahru

[Copy link]
Post time 29-2-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode

TIAN SOON (empat dari kanan) melakukan pemantauan terhadap gelandangan di sekitar bandaraya Johor Bahru malam kelmarin.

JOHOR BAHRU – Bekerja di Singapura yang menawarkan gaji yang tinggi cecah ribuan ringgit, namun menjadi gelandangan di bandar raya ini.

Itu realiti kehidupan sebahagian kelompok gelandangan yang tidur di jalanan di sekitar bandar raya Johor Bahru sehingga mencemarkan pemandangan dan mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, ada di antara gelandangan tersebut bekerja di seberang tambak dan ramai yang tidur, membuang sampah, mabuk serta membuang air kencing di kawasan awam.

Katanya, kawasan tumpuan pelancong khususnya di Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook di pusat bandar ini, kini dibanjiri gelandangan pada sebelah malam.

“Sebelum ini, saya menerima aduan dari penduduk tempatan mengenai kehadiran ramai gelandangan di kawasan Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook, di mana beberapa individu disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Perbuatan gelandangan memberi kesan kepada penduduk tempatan dan pelancong yang ingin bersiar siar di kawasan tersebut, serta menjadi punca kerosakan kepada harta awam,” katanya.

Terdahulu, Tian Soon melakukan tinjauan bersama pegawai penguatkuasa dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di kawasan bandar raya Johor Bahru.

Menurut Tian Soon, MBJB perlu memastikan persekitaran di sini berada dalam keadaan yang ceria dan bersih daripada kegiatan yang tidak baik.

“Pegawai MBJB telah mengarahkan mereka untuk meninggalkan kawasan tersebut dan memberi amaran agar mereka tidak melakukan perbuatan yang tidak senonoh di tempat awam.

“Saya telah meminta MBJB untuk mengarahkan lebih banyak pegawai penguat kuasa untuk terus memantau di kawasan tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, beliau akan mengambil tindakan proaktif bagi memastikan keadaan ini tidak berlarutan bagi menjaga imej dan kebersihan bandar raya ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... gan-di-johor-bahru/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063597 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list