CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6265|Reply: 0

[Kedah] Syarikat sarung tangan didenda RM20,000 sebabkan pencemaran air

[Copy link]
Post time 3-3-2024 01:51 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

ALOR SETAR: Sebuah syarikat pengeluar produk sarung tangan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kulim hari ini, selepas didapati bersalah melepaskan efluen perindustrian melebihi had ke dalam dalam longkang awam, tahun lalu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata hukuman itu diputuskan Hakim Mirza Mohammad selepas pengurus syarikat yang mewakili syarikat berkenaan selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapi.

Beliau berkata, pasukan penguat kuasa JAS Kedah yang menjalankan lawatan penguatkuasaan Akta Alam Sekeliling 1974 pada 23 Mei 2023 mendapati syarikat berkenaan melepaskan efluen ke dalam longkang awam.

"Pada jam 9 hingga 10.25 pagi, syarikat yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Padang Meha, Padang Serai itu didapati melepaskan efluen perindustrian, iaitu kandungan keperluan oksigen kimia (COD) mempunyai kepekatan sebanyak 1,280 miligram seliter (mg/L) melebihi had 80mg/L.



"Syarikat terbabit didakwa mengikut Peraturan 12(a) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 32 peraturan sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, persampelan efluen perindustrian yang keluar dari Takat Pelepasan Terakhir Sistem Pengolahan Perindustrian Efluen (SPEP) milik syarikat itu dilakukan oleh pegawai JAS Cawangan Kulim.

Ia bagi memastikan efluen yang dilepaskan mematuhi had yang ditetapkan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Katanya, syarikat itu juga pernah disabitkan di Mahkamah Kulim dengan denda RM10,000 bagi kesalahan di bawah Peraturan 4(2) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Eflluen Perindustrian) 2009 pada 12 Oktober 2021, kerana melakukan perubahan terhadapan SPEP tanpa mengemukakan pemberitahuan bertulis kepada JAS. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... bkan-pencemaran-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.056797 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list