View: 13402|Reply: 35
|
[Jenayah]
Menampakkan Badan Sado, Nak Pergi Cium Sampai Tertanggal Kain!
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-Author at 4-3-2024 10:40 PM
Gambar hiasan.
TULAR video usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad yang sanggup berhimpit dalam kesesakan orang ramai di hadapan Kaabah bagi memastikan pasukannya berpeluang mencium Hajar Aswad ketika mengerjakan umrah.
Video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dengan rata-ratanya mempersoalkan kewajaran Hafiz berbuat demikian hingga kain Ihram yang membaluti tubuhnya tertanggal hingga menampakkan badan.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, mencium Hajar Aswad merupakan ibadah tetapi perbuatan itu adalah sunat.
Menurutnya jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain atau membahayakan, hukum mencium Hajar Aswad adalah haram.
“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.
“Agak janggal apabila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya,” katanya di laman X, pada Ahad malam.
Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, ramai yang didapati memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial.
“Jika ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah trend yang merugikan itu.
“Sewajarnya di hadapan Baitullah, fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepadaNya.
“Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan masa untuk mencipta content,” katanya sambil menambah bahawa umrah adalah ibadah, dan bukan pelancongan ‘kerohanian’.
Terdahulu, Hafiz memuat naik video menunjukkan dia berusaha keras membantu sekumpulan pekerjanya termasuk jemaah wanita untuk mencium Hajar Aswad sewaktu mengerjakan umrah.
“Mereka teringin sangat, kita cuba usahakan. MasyaAllah semua dengan izinNya. Dari semalam lagi Aina (isteri) cakap ada team nak ke Hajar Aswad. Abang boleh bawakan? Boleh. Tapi malam awak kena urut pinggang.
“Alhamdulillah, semoga jadi kenangan untuk team semua,” katanya.
Bagaimanapun menerusi video berdurasi tiga minit itu, keadaan kelihatan bersesak-sesak sehingga sebahagian kain ihramnya terbuka.
Dalam pada itu, Hafiz menafikan perbuatannya itu hanya sekadar content di media sosial semata-mata.
“Saya bukan orang yang begitu. Jika awak pandang begitu, begitulah yang awak nampak,” kata Hafiz bagi menjawab komen salah seorang netizen yang mendakwa video itu dijadikan sebagai content media sosial. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni org g UMRAH mcm nak g melancong..nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
Flying kiss?
“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari. |
|
|
|
|
|
|
|
Bongokkkk ...mmg dia sengaja tanggal..org lain x tertamggal pun...lagi pun tgkla dia pakai spek hitam tu...celaka semua benda nk tunjuk kat medsoc...ko buat ibadat pun nk tunjuk tp niat tunjuk badan... |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk gila...adab kat Tanah Haram pun nak kena ajar ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
masing2 phone berjahit kat tangan! disgusting! |
|
|
|
|
|
|
|
sado ke macam tu?
macam boyak je tetek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah...me pula yg malu tengok macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bila endorsement di socmed lebih utama dibandingkan dgn hukum akal dan logic, let alone hukum agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah dah tekan butang like belum sissy? |
|
|
|
|
|
|
|
harapkan endorsement tapi kecaman yang dapat
|
|
|
|
|
|
|
|
BODOH tahap infinity..... harktuihhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
malu tengok pangai melayu muslim now, content lebih tinggi dari adab dengan Maha Pencipta |
|
|
|
|
|
|
|
Dijemput pakar puting cari dot com masuk memberi markah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya nak menunjuk badan sado dgn spek mata hitam bukan sebab atas faktor rabun. Pegi Mekah pun tak berubah...pergi pun sebab ada duit...ada duit semua jadi. |
|
|
|
|
|
|
|
dah masuk zaman akhir, kan?
ramai pergi mekah sebab perniagaan
agama ditunggang
memang dah termaktub..
gitew la, zaman fitnah
tapi fitnah yg direka dan diundang..hurmm |
|
|
|
|
|
|
|
Tayang tetek salah tempat..
Cuba buat content layan anak mandi kt pool ka, pantai ka.. ok la tayang tetek |
|
|
|
|
|
|
| |
|