29 Feb 2024: Tolak GF dari balkoni kondo "Suspek yang berusia 37 tahun itu mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah... aringan air kencing mendapati suspek juga positif dadah"
20 Sep 2022: Terus buat jenayah sambil on parol
"Ketua 'Geng Alif Buntal' yang melarikan diri daripada perintah pengawasan parol pada bulan lepas, sempat melakukan 13 kes jenayah termasuk mencuri enam buah motosikal, sebelum dia berjaya diberkas semula Ahad lepas. Lelaki berusia 22 tahun berasal dari Kuala Besut itu, sebelum ini menjalani proses parol di Damansara, Kuala Lumpur, namun melarikan diri pada 10 Ogos lalu."
4 Dec 2018: Tamat parol seminggu terus rogol kanak2
Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes rogol kanak-kanak bawah umur di Paya Terubong, berjaya diberkas selepas polis bertindak menembak tayar. Suspek baru tamat parol pada 26 November, dan mempunyai sembilan rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah".
15 Nov 2018: On parol menyamun
"Berpura-pura membuat banci pendaftaran sebelum menyamun seorang lelaki warga tua di Sandakan. Dua suspek lelaki tempatan berusia 40 dan 50 tahun termasuk seorang yang masih dalam pengawasan parol itu berjaya ditangkap di Dataran Piazza"
|