CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4526|Reply: 0

KDA FC lepaskan Manuel Ott

[Copy link]
Post time 9-3-2024 02:17 PM | Show all posts |Read mode

OTT kini membawa haluan baharu untuk musim 2024 selepas dilepaskan Kedah. -FOTO KDA FC

Alor Setar : Persoalan mengenai ketiadaan pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Manuel Ott di padang latihan sejak 5 Mac lalu terjawab apabila kapten Kedah itu dilepaskan dari skuad musim 2024/2025.

Pengumuman pelepasan itu dibuat melalui media rasmi Sang Kenari pagi tadi yang sekali gus menyaksikan Ott menjadi pemain import kesembilan musim lalu yang tidak akan bersama pasukan pada tahun ini.

Kedah sebelum ini melepaskan lapan pemain import terdiri daripada Ifedayo Olusegun, Bojan Ciger, Moses Atede , Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, Ebenezer Assifuah, Alan Robertson dan Jonatan Balotelli.

"KDA FC dengan ini mengumumkan Manuel Ott, pemain yang memainkan peranan penting musim lalu sebagai ketua pasukan akan membawa haluan berbeza musim depan.



"Selepas beberapa perbincangan dan pertimbangan bersama antara pengurusan kelab dan Manuel Ott, dengan emosi bercampur-baur kami mengumumkan persetujuan bersama mengenai pemergian Manuel," katanya.

KDA FC turut menyatakan bahawa pelepasan yang dibuat berkaitan Ott ini adalah permintaan daripada pemain kuota Asean itu sendiri sambil menghargai sumbangan penting yang dilakukannya bersama Kedah musim lalu.

"Seperti mana-mana pemain bola sepak, peralihan adalah sebahagian dalam kerjaya seorang pemain. Keputusan ini dicapai dengan cara yang baik dan kami menghormati permintaan Manuel.

"KDA FC mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau atas khidmatnya luar biasa kepada kelab. Semangat, kerja berpasukan dan kepimpinannya di dalam dan di luar padang memberi inspirasi kepada ramai pemain muda dan peminat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lepaskan-manuel-ott
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.203141 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list