CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6874|Reply: 0

[Kelantan] Pujuk murid Orang Asli ke sekolah elak keciciran

[Copy link]
Post time 10-3-2024 12:08 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz beramah mesra bersama murid darjah satu ketika hadir pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 1, Kota Bharu, hari ini. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan melakukan pelbagai kaedah termasuk memujuk murid dalam kalangan Orang Asli di Gua Musang bagi memberi kefahaman akan keperluan mereka menghadiri sesi persekolahan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz, berkata kaedah itu perlu bagi menangani isu keciciran dalam kalangan mereka, selain menjalinkan kerjasama baik dengan pemimpin tempatan.

Beliau berkata, antara faktor yang dikaitkan dengan isu keciciran dan ketidakhadiran murid Orang Asli di sekolah ialah adat, keselamatan dan cuaca.

"Sekolah di Gua Musang atau kawasan pedalaman Orang Asli ada asrama dan isu keciciran dapat kita tingkatkan dari segi ketidakhadiran mereka melalui hubungan komunikasi antara kita, terutama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersama pemimpin tempatan dan keakraban dengan tok batin.



"Faktor ketidakhadiran mungkin membabitkan adat mereka dan keselamatan. Misalnya ketika ancaman harimau baru-baru ini, kami bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) masuk ke perkampungan Orang Asli untuk pujuk dan beri kefahaman mengapa perlu ke sekolah.

"Alhamdulillah, seramai 14 murid yang tidak hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Balar berjaya dibawa semula melalui kaedah pujukan manakala lima pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Wangi," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir melakukan tinjauan hari pertama persekolahan di SK Ismail Petra 1, di sini.

Sebanyak 595 sekolah di seluruh Kelantan memulakan sesi persekolahan hari ini membabitkan 251,185 murid dan pelajar serta 28,645 guru.

Mohd Zamri berkata, untuk sekolah lain, pihaknya juga memantau secara harian berhubung isu keciciran dan ketidakhadiran pelajar sebelum tindakan melawat rumah murid dibuat bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi.

"Untuk minggu pertama sekolah, kami melihat jumlah yang sudah ada sebelum melihat semula senarai nama murid atau pelajar yang tidak hadir.

"Dari situ baru nampak bilangan keciciran dan jika seminggu tidak hadir, pihak sekolah akan ke rumah pelajar kerana mungkin ada masalah dari segi ekonomi atau kesihatan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... olah-elak-keciciran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.267846 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list