CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9190|Reply: 0

[Kelantan] Jual ikan selayang 70 sen sekilo

[Copy link]
Post time 10-3-2024 03:33 PM | Show all posts |Read mode

ZUHAIRI (kiri) melayan pelanggan yang datang ke kedainya untuk membeli ikan murah di Bandar Utama, Gua Musang. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Tanpa memikirkan keuntungan semata-mata, seorang peniaga dan pemborong ikan sanggup menjual ikan selayang hanya 70 sen sekilogram bagi membantu golongan yang memerlukan dan sempena menyambut Ramadan.

Bukan hanya ikan selayang yang dijual dengan harga murah, hampir 10 jenis ikan lain juga dijual dengan harga murah iaitu di bawah RM10 sekilogram.

Menurut Zuhairi Hashim, 35, berkata, sebanyak lebih lima tan ikan selayang disediakan dan terhad empat kilogram (kg) untuk setiap pelanggan.

"Selain untuk meraikan Ramadan yang tiba, jualan ini adalah untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.


"Kita sedia maklum, untuk minggu ini banyak perbelanjaan yang perlu dibuat untuk pembukaan persekolahan anak-anak.

"Saya harap jualan ikan murah ini dapat meringankan beban pelanggan yang datang pada hari ini.

"Dapatlah mereka berjimat cermat dan merasa makan ikan dengan harga murah.

"Program jualan ini bermula 9 pagi sehingga semua stok ikan habis dan kebanyakan ikan yang saya jual ini di bawah harga RM10 sekilogam dan ada antaranya di jual dengan harga RM10 untuk dua kg seperti kembung, lolong dan cencaru," katanya ketika ditemui di Bandar Utama di sini, hari ini.

Zuhairi berkata, jualan ikan murah itu ada yang pertama kali dibuat pada tahun ini dan berhasrat meneruskan pada masa akan datang bagi membantu penduduk di sekitar bandar ini.

"Tahun lalu kita pernah membuat program jualan yang sama bagi membantu masyarakat ketika musim tengkujuh. Insya-Allah jika ada rezeki saya pada masa akan datang, saya akan meneruskan program jualan seperti in.

"Kalau ikutkan memang saya tak balik modal bila buat jualan murah seperti ini. Tetapi apabila memikirkan keadaan masyarakat sekarang yang rata-rata bekerja dengan gaji hari, penoreh getah dan bekerja sendiri, saya harap ia dapat membantu masyarakat sambil bersedekah," katanya.

Seorang pelanggan, Nor Aisyah hamzah, 30, berkata dia datang seawal 8 pagi untuk membeli ikan dengan harga murah.

Katanya, dia mendapat tahu mengenai jualan murah itu melalui Facebook Ikan Bandar Utama milik Zuhairi.

"Semasa saya datang, sudah ada ramai yang menunggu kedai dibuka. Pada 9 pagi kedai dibuka ramai yang menyerbu untuk mendapatkan ikan murah.

"Jualan seperti ini sangat membantu kami golongan B40 terutama yang bekerja gaji hari untuk membantu meringankan beban kami.

"Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dengan kami, dapatlah kami membeli barangan basah dengan harga lebih murah dari pasaran dan sekali gus membantu kami berjimat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ayang-70-sen-sekilo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.093993 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list