CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6627|Reply: 43

[Tempatan] PMX, Anwar Ibrahim, tarik lebih banyak perniagaan Jerman untuk melabur di Malaysia

[Copy link]
Post time 12-3-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 12-3-2024 03:03 AM

PM Anwar tarik lebih banyak perniagaan Jerman untuk melabur di Malaysia

https://www.bharian.com.my/berit ... an-untuk-melabur-di

Najmuddin Najib - Mac 12, 2024 @ 7:50am
bhnews@bh.com.my


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz ketika sidang akhbar bersama pada Majlis Sambutan Rasmi bersempena dengan lawatan rasmi enam hari beliau di Federal Chancellery, hari ini. - Foto BERNAMA

BERLIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan lebih banyak perniagaan Jerman untuk memanfaatkan lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara dan infrastrukturnya yang dibangunkan, sebagai destinasi pelaburan pilihan.

"Dalam Kesatuan Eropah (EU), sudah tentu, Jerman adalah rakan dagang terbesar kami dan anda telah melabur jumlah yang cukup besar iaitu hampir AS$15 bilion (RM70.24 bilion)," katanya dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatnya Canselor Olaf Scholz di Canselori Persekutuan, Berlin.


Beliau memberikan contoh Infineon Technologies AG dan banyak syarikat terkemuka lain di Jerman yang telah memilih Malaysia sebagai hab penting, pusat kecemerlangan dan pusat latihan.

Sehubungan itu, katanya Malaysia berharap kepada kerjasama yang lebih luas, bukan sahaja dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan, malah untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam semua bidang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia berminat untuk memberi fokus terhadap latihan pelajar.

"Kami mempunyai kira-kira 1,000 pelajar di seluruh Jerman untuk menjalani latihan di syarikat Jerman sebagai pendedahan awal kepada mereka," katanya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz ketika sidang akhbar bersama pada Majlis Sambutan Rasmi bersempena dengan lawatan rasmi enam hari beliau di Federal Chancellery, hari ini. - Foto BERNAMA

Malaysia eksport tenaga boleh baharu

Perdana Menteri berkata Putrajaya turut menyambut baik minat Berlin dari segi pelaburan baharu dalam tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi hijau.

"TBB telah menjadi tumpuan kami pada masa ini dan kami bertuah kerana mempunyai kekuatan dalam tenaga solar, tenaga hijau dan kukuh dari segi kapasiti kami untuk mengeksport TBB," katanya.

Anwar berkata, Malaysia mengeksport TBB ke Nusantara, iaitu ibu negara baharu Indonesia serta menerusi kabel di bawah laut ke Singapura.

"Oleh itu, terdapat potensi besar yang anda dapat lihat melalui pertumbuhan pesat pusat data dan AI (kecerdasan buatan) ke rantau ini, terutama di Malaysia," katanya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuka puasa dengan buah kurma bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz sebelum kembali menyambung perbincangan terkait kedua-dua negara. - Foto FB Anwar Ibrahim

Dalam perkembangan lain, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia optimis untuk mencapai pertumbuhan ekonomi antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2024, berdasarkan asas kukuh iaitu kerangka ekonomi MADANI dan pembaharuan yang digariskan menerusi Belanjawan 2024 Malaysia.

Beliau turut menekankan bahawa kerangka ekonomi MADANI akan memanfaatkan kekuatan semula jadi Malaysia dalam meningkatkan daya saing negara, dengan mengutamakan kepada langkah kemampanan fiskal, amalan tadbir urus yang baik dan penyampaian perkhidmatan yang cekap.

Terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkalan di Malaysia yang mewujudkan sejumlah 65,000 pekerjaan.

Jerman adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan anggota EU sejak tahun 2000 manakala Malaysia merupakan rakan perdagangan terbesar bagi Jerman dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (AS$13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (AS$13.62 bilion) pada 2022.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Saiya ulang.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti bertriiiiiiilllllllllion beliiiiiiiiiyuuuuun ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 03:18 PM | Show all posts
Semakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 07:45 PM | Show all posts
saya ulangggg
kita telah berjaya bawa masuk pelaburan besaaaarrr

sembanggggg
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 08:09 PM | Show all posts
next PRU bila PAS jadi gomen semua akan stay tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2024 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-3-2024 05:37 AM

Macamana tu di international BMW forum pengguna complaining OEM spare parts buatan Malaysia tak sebagus buatan Germany. Kebanyakan mereka tak mau menggunakan OEM buatan Malaysia.
Saya tau bukan Salah pm Malaysia!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 12-3-2024 09:34 PM
Macamana tu di international BMW forum pengguna complaining OEM spare parts buatan Malaysia tak seba ...


sapa suh PATI bangla & PATI indon buat???Nak murah..amik ko....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Achtung!


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Izzah anak daddy gi jerman gak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 12:14 AM | Show all posts


Achtung - Words of the World



Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang potensi ni time berguling atas jalanraya boleh la nonnn... Ni kau dah jadi PMX sembang potensi apa lagi setannnn??? Dah confirm 50 biliyun baru gebangggg...eh babi lahh
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan yang malas tulis atau Non mmg sebut Infineon dan banyak lagi?

Takkanlah PM kenal satu kompeni jek. Petik2 Infineon kang melenting Nusi…
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:24 AM | Show all posts
sy pn keje company jerman kt msia
tapi idak la sebesar infineon tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:53 AM | Show all posts
tgk apa yang dia nak claim lagi lepas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 11:16 AM | Show all posts
dah kenapa pi jerman makan kurma guna lidi?

ke mmg gitu style mkn dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 11:22 AM | Show all posts
ko tak gi russia ke bangnon. diaorg byk dah kat sini, melabur underworld ke hapa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 12:35 PM | Show all posts
Skuau replied at 12-3-2024 06:53 AM
sapa suh PATI bangla & PATI indon buat???Nak murah..amik ko....

Dah Orang msia semua nak jadi doctor!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jerman kan tengah kontroversi.. spy Singapore dgr conversation pegawai tentera nak serang tut
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 06:21 PM | Show all posts
German Chancellor dan PM Malaysia

berbalah isu Yisreal

DSAI minit - 0.23




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.095442 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list