CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5904|Reply: 28

[Tempatan] Pesuruhjaya sukan bidas rancangan anjur Sukan Komanwel

[Copy link]
Post time 12-3-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Pesuruhjaya sukan bidas rancangan anjur Sukan Komanwel

https://www.freemalaysiatoday.co ... jur-sukan-komanwel/

Frankie D'Cruz
12 Mar 2024, 11:16 AM


Suhardi Alias mahu rancangan supaya Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 2026 ditolak. (Gambar Bernama)

Suhardi Alias bantah pembaziran dana awam untuk ‘menyelamatkan’ Sukan Komanwel dalam masa yang singkat.

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Sukan Suhardi Alias mengkritik cadangan supaya Malaysia ‘menyelamatkan’ Sukan Komanwel dengan menganjurkan edisi 2026 dalam masa yang singkat.

Beliau berkata rancangan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu mengejutkan, berisiko dari segi kewangan, dan tidak berfikir panjang.

Suhardi, yang merupakan penjawat awam kanan pertama membantah langkah oleh Presiden MOM Norza Zakaria itu berkata, beliau membantah pembaziran dana awam untuk tujuan yang tidak munasabah.

“Kenapa kita pula nak jadi penyelamat Sukan Komanwel selepas Victoria (Australia) tarik diri dan tidak ada negara lain pun mahu menganjurkannya?” soal Suhardi.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh minggu lepas berkata Jemaah Menteri akan membuat keputusan berhubung perkara ini dalam masa terdekat.

Semalam, Norza mengumumkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan Malaysia peluang menggantikan tempat wilayah Australia itu sebagai penganjur.

Tawaran itu termasuk pelaburan sebanyak £100 juta (RM602 juta) untuk menyokong penyampaian di peringkat tempatan dan perancangan pewarisan bagi acara itu.

Suhardi berkata Victoria menarik diri kerana kos menganjurkan acara itu tidak meningkat di luar jangkaan, iaitu boleh mencapai setinggi AUD7 bilion (RM21 billion) menurut kerajaan wilayah itu.

Kuala Lumpur antara pembida asal untuk Sukan Komanwel 2026 dan bersaing dengan Cardiff (Wales), Calgary (Kanada), Edmonton (Kanada), dan Adelaide (Australia), tetapi menarik diri kerana bimbang akan kos penganjurannya.

Suhardi menyoal: “Sekiranya Victoria terpaksa bayar AUD380 juta kepada CGF kerana mungkir kontrak, berapa yang Malaysia perlu bayar sekiranya kita buat keputusan tidak menganjurkan sukan itu selepas tandatangan kontrak?

“AUD 380 juta lebih RM1 bilion. Adakah ia berbaloi?”

Suhardi berkata ramai pihak bingung apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak tawaran menganjurkan Piala Thomas dan Piala Uber pada 2026.

“Saya tertanya kenapa tiba-tiba ada pihak tertentu yang begitu berkeras mahu kita anjur acara yang lebih besar seperti Sukan Komanwel,” katanya.

Norza adalah presiden BAM dan Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia.

Wang dan atlet


Akaun Sukan Komanwel 1998 belum ditutup. (Gambar Bernama)

Suhardi berkata idea Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel buat kali kedua harus dipertimbangkan secara berhati-hati.

Beliau tertanya sama ada kerajaan mempunyai masa secukupnya untuk mengkaji implikasi kewangannya, memandangkan Sukan Komanwel harus diadakan dalam dua tahun lagi dan diikuti Sukan SEA pada tahun berikutnya.

“Kita juga harus ambil kira nasib majlis perbandaran Birmingham, yang menganjurkan Sukan Komanwel lalu.

“Majlis perbandaran itu mengabaikan nasihat supaya tidak menganjurkan Sukan Komanwel itu walaupun ia berdepan kesulitan kewangan yang serius dan diisytihar muflis tahun lepas,” katanya.

Suhardi menarik perhatian kepada beberapa cabaran yang menanti, seperti mungkin perlu membina sebuah perkampungan Sukan Komanwel untuk para atlet dan prasarana baharu lain, serta mempertingkatkan keselamatan.

Katanya, pandangan orang awam dan jangkaan mereka juga sama penting, sepertimana persiapan dan prestasi atlet.

“Kerajaan mesti peka pada pandangan orang awam memandangkan ada cabaran-cabaran apabila mahu menutup akaun Sukan Komanwel 1998 dan Sukan SEA 2017.

“Kerajaan harus telus dan mesra orang awam. Kalau kita perlu anjurkan suatu town hall untuk dapatkan pandangan orang awam sebelum kita buat keputusan, itu lebih baik.

“Sambil Yang di-Pertuan Agong meminta kerajaan berhemat dalam perbelanjaannya, baginda mengingatkan negara mengalami defisit fiskal sejak 1998.

“Jadi adakah ini kebetulan atau kerosakan kolateral pasca-Sukan?”

Ditanya sama ada atlet Malaysia mempunyai masa secukpunya untuk memberikan prestasi yang bagus pada Sukan Komanwel 2026, Suhardi berkata: “Kita raih 10 pingat emas, 14 pingat perak, dan 12 pingat gangsa pada 1998 selepas menjalani persiapan selama enam tahun.

“Bolehkah kita atasi pencapaian itu dalam tempoh kurang daripada dua tahun?”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 01:05 PM | Show all posts
zaman Mahathir dulu ummah kena tipu kononya Sukom ni sukan gah ke-2 terbesar dunia lepas olimpik..


padahal kalo kat negara europe mcm UK tu Sukom ni taraf Sukma je sbb bekas negara2 jajahan je yg join
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:19 PM | Show all posts
baik tak payah, nanti mimpi lagi singapura nak serang malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:57 PM | Show all posts
Malaysia ni suka sgt tunjuk mcm boleh sangat buat itu ini walaupun banyak kekangan..mcm bos2 yang nak tunjuk company boleh buat mcm2..padahal staff semua berantakan..mcm nak mati keja..demi nak nampak cantik kat mata org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 02:12 PM | Show all posts
Host acara2 sukan besar ada ka yang untung. Sydney?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 02:15 PM | Show all posts
lebih kepada nak galakkan pelancongan lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2024 02:22 PM | Show all posts
tripleid replied at 12-3-2024 01:05 PM
zaman Mahathir dulu ummah kena tipu kononya Sukom ni sukan gah ke-2 terbesar dunia lepas olimpik..

...

Besarlah sebab ada omputih, negro semua. Pastu kena lah canang babi terbang baru bangga. Nasib lah zaman tu belum ada internet ikut suka akhbar perdana nak kencing lencun ka nak bagi rasa2 ja

Bila Melbourne dengan reputation as the sports capital of an insanely crazy sporting country pun tak sanggup it says a lot la pasal sukom ni. Lagi Malaysia nak serah tengkuk. Jom rakyat guling2 bantah


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 02:24 PM | Show all posts
hyie replied at 12-3-2024 02:15 PM
lebih kepada nak galakkan pelancongan lah

Pelancongan antarabangsa ka domestik? Aku rasa dua2 macam bukan ja.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 02:27 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-3-2024 02:24 PM
Pelancongan antarabangsa ka domestik? Aku rasa dua2 macam bukan ja.

dua2 uols...boleh naikkan statistik keluar masuk negara, keluar masuk duit RM (lagi tinggi permintaan RM, lebih stabil)..yang ni dari sudut ekonomi la..

kalau dari sudut lain, wo bu zhi dao
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 02:36 PM | Show all posts
hyie replied at 12-3-2024 02:27 PM
dua2 uols...boleh naikkan statistik keluar masuk negara, keluar masuk duit RM (lagi tinggi permint ...

Khayalan ja tu. Berapa ramai international traveller yang sanggup fly in untuk tengok sukan komanwel. Pelancong domestik lagi tak boleh harap. Tiket free pun stadium tak juga penuh. Last2 harap budak sekolah tak pun acik gomen kena paksa dengan boss.



Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 03:25 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-3-2024 02:36 PM
Khayalan ja tu. Berapa ramai international traveller yang sanggup fly in untuk tengok sukan komanw ...

diorang ambik kira team yang join sukom je uols atlit, pengiring, pengurus, apa mak nenek semua tu. Kekdahnya ada ke orang yang gigih nak fly semata2 nak tengok sukom?

btw, bukan ke biasanya komanwel punya council akan bagi peruntukan kat negara hos?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 12-3-2024 03:46 PM

"KENAPA MALAYSIA tidak mahu anjurkan sukan antara PATI@kami yg majukan Msia"-Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 04:05 PM | Show all posts
Skuau replied at 12-3-2024 03:45 PM
"KENAPA MALAYSIA tidak mahu anjurkan sukan antara PATI@kami yg majukan Msia"-Abangla


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 04:11 PM | Show all posts
kita tggu wakil PAS bagi komen. mana lebih besar, manfaat atau mudarat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 04:16 PM | Show all posts
sukan ni satu alat media yg digunakan oleh pihak yg berkuasa utk alihkan isu penting dlm dunia
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-3-2024 02:22 PM
Besarlah sebab ada omputih, negro semua. Pastu kena lah canang babi terbang baru bangga. Nasib lah ...


dulu mati2 dok pecaya sukom ni gah sbb kna brainwash dgn propaganda kjaan..dah tua ni baru la sedar sukom ni sbenarnya jauh panggang dari api kalo nk banding dgn olimpik..


Usain Bolt yg tak penah sudi belumba kat komenwel tu tells a lot btapa pprtnya sukom
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 04:31 PM | Show all posts
pastu sebok suruh budak sekolah berpanas berhujan tuk pembukaan penutup.. kacau org nk sekolah je
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 12-3-2024 04:18 PM
dulu mati2 dok pecaya sukom ni gah sbb kna brainwash dgn propaganda kjaan..dah tua ni baru la seda ...

Kann, zaman kecik2 dulu mmg canang abes sukom ni gah bagai, promosi pon meriah sana sini satu negara.. pastu tgk negara lain yg host komanwel, mcm level2 ape je.. bila tgk lak sukan asia, lagi gah sukan asia hah.. olimpik mmg lagi beza la.. tapi penganjuran sukan ni mmg merugikan, tgk la negara yg host olimpik, last2 terbiar segala fasiliti.. kompleks sukan bukit jalil pon hampir2 jadi cmtu, kiosk, gelanggang2, kawasan sekitar x terjaga langsung, sbb nak host sukan sea 2017 je baru di repair semula..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 12-3-2024 09:19 PM

Dana tangkap orng khalwat vs dana anjur sukan KOMANwel........
lebih baik anjurkan sukan antara PATI:
bangla vs pakis vs rohingya vs indon vs myanmar vs nepal vs negro vs pilak vs lenlain
#MajulaSukanUntukPATI
                 
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 12:24 AM | Show all posts
baguslah ada second opinion mcm ni. kelihatannya ianya gamble yang ada risiko besar. .. sampai bangkrap pun boleh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.080560 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list