CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Terengganu] Idea kreatif air balang 'antarabangsa'

[Copy link]
Post time 13-3-2024 12:18 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Saufi (dua dari kanan) melayan permintaan pelanggan yang mahu membeli air balang di gerainya di bazar Ramadan Kota Putera, Kampung Raja, Besut di sini. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: Idea kreatif seorang peniaga menggunakan nama pelbagai negara bagi setiap jenis air balang dijual berjaya mencuri tumpuan pengunjung bazar Ramadan Kota Putera, Kampung Raja di sini.

Kebanyakan pengunjung mengambil peluang untuk membeli beberapa jenis air yang dijual berikutan tertarik dengan pelbagai nama negara itu serta deretan balang air berwarna-warni.

Peniaga, Mohd Saufi Mat Ghani berkata, idea menamakan balang air menggunakan pelbagai nama negara adalah cetusan idea anak sulungnya, Azzam Nur Hakim,23.

"Bagaimanapun anak saya itu tidak dapat berniaga Ramadan ini berikutan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang pembantu perubatan di Alor Setar, Kedah," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Kota Putera, Kampung Raja di sini, semalam.

Saufi berkata, antara nama negara yang digunakan pada balang air berkenaan antaranya teh hijau dan teh beng Thailand, Katira Singapura dan kopi beng Afrika.

"Kami juga turut menggunakan beberapa nama lokasi lain antaranya manggo Bangkok, barli madu Borneo, laicikang utara, asam boi pantai timur, strawberry Cameron Highlands dan soda herb Himalaya.

"Tahun ini kami menjual 40 jenis air pelbagai perisa dengan mengambil dua tapak bazar berbanding satu tapak sahaja tahun lalu selepas mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

"Saya juga dibantu dengan tujuh orang pekerja sambilan serta dua anak untuk menguruskan aktiviti perniagaan yang bermula jam 4 petang sehingga 7 malam," katanya.

Dia berkata, persediaan untuk memulakan perniagaan bermula kira-kira jam 2 petang termasuk proses membancuh air.

"Tahun ini juga saya menggunakan kira-kira 400 beg pek ais berbanding hanya 200 pek sahaja tahun lalu.

"Cabaran utama berniaga air tahun ini adalah kesukaran untuk mendapatkan bekalan gula kerana pembelian dalam kuantiti banyak dihadkan serta terpaksa membeli dalam kuantiti kecil secara berperingkat," katanya.

Katanya, dia berpengalaman berniaga di pasar malam serta bazar Ramadan lebih 20 tahun bersama keluarga.

"Biasanya jika di pasar malam saya menjual 20 jenis air balang serta laksa penang tetapi untuk bazar Ramadan hanya air balang sahaja.

"Setiap air dengan kuantiti satu jag air dijual dengan harga RM 5 untuk satu gelas besar atau plastik dan harga itu kekal sejak tahun lalu.

"Antara air yang sering mendapat permintaan tinggi teh, teh hijau, air durian belanda, keladi, serta mango," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... balang-antarabangsa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.068740 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list