CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1731|Reply: 0

[Terengganu] 'Geng plastik hitam' dalam radar JHEAT

[Copy link]
Post time 14-3-2024 11:05 AM | Show all posts |Read mode
'Geng plastik hitam' dalam radar JHEAT

OlehNORHASPIDA YATIM

14 Mac 2024 09:27am








Foto hiasan. Gambar kecil: M. Rozi




KUALA TERENGGANU - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meningkatkan operasi dengan menggerakkan pasukan penguatkuasa syariah di seluruh Terengganu bagi menguatkuasakan tindakan terhadap kesalahan tidak berpuasa bagi umat Islam di negeri itu.

Pesuruhjayanya, M. Rozi Bidin berkata, individu khususnya beragama Islam yang dikesan melakukan kesalahan tidak menghormati Ramadan tidak terlepas daripada tindakan mengikut peruntukan sedia ada.



Menurutnya, mana-mana individu yang secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok pada waktu berpuasa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Kesalahan menjual makanan kepada golongan berpuasa adalah melanggar peraturan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 (Seksyen 19).


"Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa di bulan Ramadan menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam tempoh waktu berpuasa.

"Jika disabitkan kesalahan, individu tersebut boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Beliau berkata, bahagian Penguatkuasaan JHEAT dan Unit Penguatkuasaan di setiap daerah juga sentiasa memantau kawasan-kawasan serta kedai-kedai makanan yang dilaporkan menjalankan aktiviti menjual makanan dan minuman kepada ‘geng plastik hitam’.

"Semua umat Islam di negeri Terengganu dinasihatkan untuk melipatgandakan ibadah pada bulan ini serta menjauhkan diri dari terjebak dengan jenayah syariah terutamanya dalam kesalahan tidak menghormati Ramadan.




"Penguatkuasa Syariah akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan itu," ujarnya.

Tahun lalu, JHEAT merekodkan dua tangkapan membabitkan geng plastik hitam iaitu masing-masing satu kes di Besut dan di Kuala Nerus.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054302 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list