CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1763|Reply: 0

[Terengganu] KSN dilantik Pro-Canselor UMT baharu

[Copy link]
Post time 14-3-2024 01:35 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Zuki (lima dari kanan) diiringi Mazlan (empat dari kanan) dan pengurusan kanan UMT lain selepas menghadap Sultanah Nur Zahirah di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA NERUS – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baharu berkuatkuasa 1 Mac lalu.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Mazlan Abd. Ghafar berkata, pelantikan Mohd. Zuki bagi tempoh tiga tahun sehingga 2027 itu telah mendapat perkenan Canselor UMT, Sultanah Nur Zahirah.

“Beliau menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang telah menjadi Pro Canselor UMT sejak tahun 2010.

“Pelantikan beliau diyakini mampu melonjakkan lagi UMT sebagai institusi pendidikan tinggi berfokus marin terunggul negara dan disegani global,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zuki merupakan anak jati Kuala Terengganu yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Beliau yang dilantik Ketua Setiausaha Negara sejak 31 Disember 2019 pernah berpengalaman sebagai Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-13 dari tahun 2006 hingga 2011.

Mohd. Zuki juga pernah menyandang jawatan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Persekutuan Sarawak sepanjang perkhidmatan dalam sektor awam. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... anselor-umt-baharu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.312579 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list