CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21467|Reply: 0

[Kelantan] Kuih piana laku 'keras' sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 16-3-2024 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Kuih piana laku 'keras' sepanjang Ramadan

16 Mac 2024 06:21pm








Nor Asmida Arif, 33, (kiri) dan Rosenani Hamzah, 64, (kanan) menunjukkan piana yang ditempah pelanggan siap dibakar di Taman Wangi Gua Musang. - Foto Bernama




GUA MUSANG - Kewujudan pelbagai kuih moden dengan dekorasi lebih menarik pada masa ini tidak sekalipun menggugat perniagaan kuih tradisional diusahakan sepasang suami isteri di Taman Wangi, di sini, lebih 10 tahun lepas.

Kuih piana atau akok bunga yang berlandaskan resipi tradisional turun-temurun itu mampu bertahan sehingga kini tanpa perlu banyak pengubahsuaian adunannya.



Peniaga nasi kukus, Nor Asmida Arif, 33, berkata tiada bahan istimewa digunakan untuk membuat kuih piana sebaliknya hanya menggunakan bahan asas seperti telur, daun pandan, gula dan santan.

Menurut Nor Asmida dia mempelajari cara pembuatan kuih itu daripada ibu mentuanya, Rosenani Hamzah, 64, dan menampung pendapatan harian berikutan gerai nasi kukusnya tidak beroperasi sepanjang Ramadan.



"Kuih piana ini mendapat sambutan luar biasa dan setiap hari kami akan menghasilkan sebanyak 250 biji. Kami tidak menang tangan dalam memenuhi tempahan pelanggan, selain memiliki hanya sebuah ketuhar untuk membakar kuih ini,” katanya kepada pemberita di Taman Wangi di sini pada Sabtu.


Piana atau akok bunga air tangan Nor Asmida Arif, 33, yang ditempah pelanggan siap dibakar di Taman Wangi Gua Musang. Foto Bernama




Nor Asmida yang berasal dari Tumpat berkata, dia menggunakan lebih 400 biji telur dan 15 kilogram santan sehari untuk menghasilkan kuih berkenaan.

"Pembuatan dimulakan dengan membasuh dan memecahkan telur, disusuli mencuci dan memotong daun pandan yang agak memakan masa.


"Selain itu, santan segar juga perlu dipantau dengan teliti kerana hanya bertahan selama 30 minit di luar peti sejuk,” katanya.

Suami Nor Asmida, Mohd Hafiz Mohd Nasir, 37, pula berkata, penjagaan suhu ketuhar sepanjang tempoh pembakaran penting untuk memastikan piana masak sekata.

Mohd Hafiz berkata, mereka mampu membakar 12 biji piana dalam tempoh 20 hingga 25 minit setiap sesi.




"Kami mula membakar pada 10 pagi dan selesai memenuhi semua tempahan sekitar 7 malam. Penggunaan ketuhar membuatkan pembakaran lebih cepat berbanding dapur arang,” katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.435466 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list