CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17973|Reply: 1

[Tempatan] Cokelat kuruskan badan ada racun berjadual- KKM

  [Copy link]
Post time 16-3-2024 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkaypoh at 16-3-2024 10:41 PM

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penjualan dan penggunaan produk coklat jenama Slymchoco atau Slymochoco yang dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine iaitu sejenis sebatian kimia yang bertindak sebagai pemendam rasa lapar atau selera makan.

KKM dalam kenyataan hari ini mengingatkan semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk terbabit untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk berkenaan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

Di samping itu, semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial hendaklah menghentikan penyiaran iklan makanan itu.

"Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini perlu menghentikan penggunaan produk terbabit serta-merta dan mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan.

"Orang ramai diingatkan untuk sentiasa menggunakan kebijaksanaan dan berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang," menurut kenyataan KKM itu.

Menurut kenyataan itu lagi, label pada produk berkenaan juga didapati tidak mematuhi kehendak-kehendak pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tiada nama sebutan sebenar produk dalam Bahasa Malaysia, tiada nama dan alamat pengilang atau pembungkus atau pengedar atau empunya hak untuk mengilang atau pengimport dan mempunyai akuan `premium', selain turut memaparkan label Skim Pensijilan GMP dan Skim Pensijilan MeSTI KKM palsu.

Sehubungan itu, KKM memberitahu produk terbabit tidak boleh diiklankan untuk jualan dan tidak boleh dijual seperti dinyatakan di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

KKM juga memaklumkan berdasarkan data daripada satu kajian di peringkat antarabangsa dikenali sebagai `Sibutramine on Cardiovascular Outcome Study (SCOUT)', Sibutramine didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obes yang mengambil ubat berkenaan.

"Justeru, KKM memutuskan Sibutramine sebagai bahan terlarang yang tidak lagi berdaftar dengan KKM.

"Antara kesan sampingan Sibutramine yang dilaporkan ialah gangguan fungsi sistem jantung seperti menyebabkan degupan jantung menjadi lebih laju walaupun dalam keadaan rehat.

"Selain kesan sampingan yang serius, terdapat juga kesan sampingan ringan seperti mulut kering, rasa mual, sembelit, sukar tidur, pening, senggugut dan sebagainya," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan KKM lagi, Sibutramine banyak disalah guna dalam produk makanan bagi memberikan kesan penurunan berat badan.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Choy… ada racun bagai!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.068178 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list