CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5218|Reply: 0

[Kelantan] Balu Miji Cromok terima pencen penakat PERKESO

[Copy link]
Post time 17-3-2024 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Balu Miji Cromok terima pencen penakat PERKESO

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

17 Mac 2024 12:35pm








Halijah (dua dari kanan) balu kepada Miji Cromok yang merupakan bekas pemain dram kumpulan thrash metal popular tanah air menerima pencen penakat PERKESO.




PASIR MAS - Balu kepada Miji Cromok yang merupakan bekas pemain dram kumpulan thrash metal popular tanah air menerima pencen penakat menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Halijah Othman, 52, yang merupakan seorang suri rumah meluahkan rasa syukur selepas mendapat tahu dia layak menerima bayaran pencen bulanan sebanyak RM885.



"Saya masih lagi mempunyai seorang anak yang sedang mengikuti pengajian di Politeknik Dungun.

"Duit ini dapat digunakan untuk kelangsungan hidup selain dibantu oleh dua lagi anak yang sudah bekerja," katanya semasa menerima kunjungan daripada wakil Perkeso Kelantan di rumahnya di Kampung Cherang Hangus di sini pada Ahad.



Dalam lawatan tersebut Halijah turut menerima bayaran faedah pengurusan jenazah berjumlah RM2,000.


Dalam lawatan tersebut Halijah (tengah) turut menerima bayaran faedah pengurusan jenazah berjumlah RM2,000.




Menurutnya, pencen tersebut diterima hasil daripada caruman majikan arwah suaminya sebelum ini iaitu EMI (MSIA) Sdn Bhd.

Ujarnya, mereka sekeluarga mula menetap di Kelantan selepas perintah kawalan pergerakan (PKP).




Halijah memberitahu, mereka mempunyai tiga orang anak berusia 21 hingga 26 tahun.

Pada 6 Mac lalu, bekas pemain dram kumpulan thrash metal tanah air, Tarmizi Mokhtar atau lebih dikenali Miji Cromok telah meninggal dunia.


Pada 6 Mac lalu, bekas pemain dram kumpulan thrash metal tanah air, Tarmizi Mokhtar atau lebih dikenali Miji Cromok telah meninggal dunia.




Berita mengenai pemergian Allahyarham itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook akaun KARL Cromok pada tengah malam Rabu.




Sebelum itu, Karl menerusi siaran di Facebooknya, pernah berkongsikan keadaan Allahyarham yang menjalani rawatan di hospital akibat kanser hati tahap empat.

Allahyarham dan Karl merupakan antara anggota asal Cromok yang sama-sama menubuhkan kumpulan tersebut pada 1987.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059898 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list