CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3725|Reply: 0

[Kelantan] Jeti kayu tunggu masa roboh

[Copy link]
Post time 18-3-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode

WARGA emas atau orang kurang upaya sukar melalui jeti yang dibina secara ringkas.

Tumpat: Lebih 5,000 penduduk yang menghuni gugusan pulau di delta Sungai Kelantan di sini berharap penempatan mereka menerima pembangunan yang sama seperti kawasan lain di tanah besar.

Terdapat sekurang-kurangnya 14 kampung di situ termasuk Kampung Teluk Renjuna, Pulau Beluru, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Seratus, Pulau Suri, Pulau Tongkang dan Pulau Timun.

Infrastruktur asas menjadi nadi pembangunan paling diharap untuk ditambah baik terutama kemudahan jeti, memandangkan penduduk masih menjadikan bot sebagai pengangkutan utama.

Jeti kayu sedia ada yang semakin usang dan menunggu masa roboh, sudah kerap kali dibaiki penduduk secara gotong royong.


Mat Rani Hamid, 53, yang tinggal di Kampung Teluk Renjuna iaitu penempatan paling ramai penduduk berkata, jeti sangat penting buat mereka yang menggunakan bot penambang dan perahu untuk keluar masuk kampung.


KEADAAN jeti utama di Kampung Teluk Renjuna yang menunggu masa untuk roboh kerana sering ditenggelami banjir serta kesan fenomena air pasang surut menyebabkan tebing sungai menjadi mendap.

"Ada jeti yang menunggu masa untuk roboh kerana binaan terlalu lama dan kami sekadar baik pulih setakat termampu.

"Bagi kami, jeti dianggap seperti jalan raya untuk menyambungkan dengan tanah besar. Tidak adil jika prasarana ini dipandang sepi seolah kami tidak layak menikmati kemudahan yang patut disediakan kerajaan," katanya ketika ditemui.

Pemandu bot penambang itu berkata, keadaan pasang surut air sungai juga mendatangkan masalah kerana apabila air surut, bot sukar menghampiri jeti untuk mengambil atau menurunkan penumpang.

Katanya, apabila keadaan itu berlaku, mereka terpaksa menggunakan dayung atau penumpang yang berada di jeti perlu meredah sungai untuk menaiki bot lagi.

"Jika dibina pelampung panjang ke sungai, bot masih boleh menghampiri kawasan jeti dan dapat mengambil serta menurunkan penumpang dengan selamat," katanya.


SEORANG penduduk Kampung Teluk Renjuna berjalan di titi yang menghubungkan jeti untuk menaiki bot penambang menuju ke tanah besar.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Daud, 57, berkata, banyak juga jeti kecil yang dibina sendiri penduduk di tebing sungai untuk kemudahan mereka, termasuk untuk parkir bot.

Katanya, binaan jeti daripada papan dan buluh mencukupi buat kampung yang tidak mempunyai ramai penduduk tetapi ia perlu kukuh kerana sentiasa digunakan.

"Jeti juga sangat diperlukan pada waktu kecemasan contohnya ada penduduk yang sakit dan perlu ke klinik atau membawa jenazah ke tanah perkuburan.

"Warga emas atau orang kurang upaya juga sukar melalui jeti yang dibina secara ringkas dan bahaya jika lantai jeti sudah reput," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-tunggu-masa-roboh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.578977 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list