CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3793|Reply: 0

[Kelantan] Tarif baharu tapi bekalan air tak berubah

[Copy link]
Post time 18-3-2024 10:57 AM | Show all posts |Read mode

TARIF air. FOTO arkib NSTP

Kota Bharu: Lebih 300 penduduk di tiga buah kampung di Pasir Tumboh di sini, kecewa selepas bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih tidak berubah walaupun tarif air baharu dilaksanakan.

Lebih mengecewakan, masalah bekalan air semakin teruk sejak beberapa minggu sebelum Ramadan, menyukarkan penduduk melakukan aktiviti harian termasuk memasak, membasuh pakaian malah ada yang membina telaga tiub di kediaman masing-masing dan terpaksa mengeluarkan kos mencecah ribuan ringgit.

Penghulu Kampung Limbat Bukhari Daud, 67, berkata, penduduk sudah penat membuat aduan kepada AKSB, namun ia bukan hanya tidak menyelesaikan masalah malah terpaksa 'menelan' jawapan yang pahit untuk diterima.

"Jawapannya termasuk mengulangi alasan sama seperti tahun-tahun sebelum ini, iaitu akibat kemarau dan berlaku kebocoran akibat kerosakan paip lama.


"Kami beranggapan apabila penarafan baharu dilaksanakan, perkhidmatan AKSB akan ada peningkatan namun ia masih di takuk lama," katanya.

Seorang penduduk Adnan Ahmad, 52, berkata, AKSB dilihat berada dalam zon selesa, kerana ia satu-satunya syarikat pengurusan air yang beroperasi di Kelantan tanpa persaingan daripada mana-mana syarikat lain.

"Kewujudan syarikat lain dalam pengurusan air negeri perlu ada, bagi memberi pilihan kepada rakyat mendapatkan perkhidmatan lebih baik selain memberi persaingan yang sihat kepada AKSB," katanya.

Sementara itu, tukang paip Muhd Zakri Baharudin berkata, beliau bersama tiga pekerjanya tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan untuk memasang enjin pam air di kediaman masing-masing sejak awal tahun ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lan-air-tak-berubah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.363281 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list