CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2901|Reply: 0

[Dunia] Budak 12 tahun ajar Matematik kepada penuntut kolej

[Copy link]
Post time 19-3-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Budak 12 tahun ajar Matematik kepada penuntut kolej

https://www.hmetro.com.my/global ... pada-penuntut-kolej

Agensi

Disiarkan pada: Mac 19, 2024 @ 10:39am


POPULARITI Gu mendapat perhatian ramai apabila media sosialnya diikuti 2.9 juta pengikut. FOTO Agensi

Beijing: Menakjubkan apabila kanak-kanak perempuan pintar berumur 12 tahun di China, mengajar Matematik peringkat kolej, secara dalam talian.

Popularitinya mendapat perhatian ramai sehinggakan media sosialnya diikuti 2.9 juta pengikut.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, perkongsian pembelajarannya menunjukkan kanak-kanak bernama Gu itu berdiri di hadapan papan putih dengan pen penanda di tangan.

Dia dengan fasih menerangkan pelbagai masalah Matematik, daripada geometri kepada fungsi juga kalkulus, dan memfokuskan pada tahap kesukaran yang biasa untuk penuntut kolej tahun pertama.

Pada Disember lalu, Gu menerima pujian apabila dapat mempermudahkan masalah Matematik peringkat universiti yang kompleks menggunakan satu kaedah.

Penuntut berkata, kaedah itu digunakan tiga hari kemudian ketika mereka menduduki peperiksaan kemasukan pascasiswazah.

"Terima kasih, Cikgu Gu, kerana membantu saya memperoleh lima mata tambahan," kata seorang penuntut kolej ketika mengulas di bawah videonya.

Kebolehan Gu yang luar biasa dalam Matematik pada usia muda didorong oleh minat mendalamnya dalam subjek itu.

Dia menyiarkan video untuk menyebarkan pendekatannya kepada Matematik sambil meneroka kaedah pembelajaran berbeza.

"Pada mulanya, saya menggalakkan dia merakam video yang menerangkan masalah untuk meningkatkan pemahamannya sendiri mengenai Matematik," kata ibu Gu.

Pendekatan pembelajaran itu dikenali sebagai Teknik Feynman, yang dibangunkan oleh ahli fizik pemenang Hadiah Nobel, Richard Feynman.

Ia menyatakan bahawa orang boleh memperoleh pengetahuan dengan lebih cekap jika mereka 'mengajar untuk belajar'.

Gu masih bersekolah rendah dan sedang mempertimbangkan untuk bertanding dalam International Mathematical Olympiad iaitu pertandingan Matematik global untuk pelajar prauniversiti.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.050809 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list