CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3184|Reply: 0

[Selangor] Misteri wang RM500,000 ditinggal di parkir pusat beli-belah

[Copy link]
Post time 21-3-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode

Hussien (dua dari kiri) menunjukkan wang tunai melebihi setengah juta yang ditemui di pusat parkir kereta sebuah pusat beli belah, semalam. Foto oleh SYAKIR RADIN

SUBANG JAYA – Polis kini mengesan pemilik sebuah bagasi berisi wang lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat parkir kereta pusat beli-belah di Damansara dekat sini supaya tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagasi berwana merah jambu dan putih itu ditemukan seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 8 pagi semalam.

“Di dalam bagasi tersebut, terdapat wang tunai not RM10, RM50 dan RM100.

“Kami meminta pemilik beg ini supaya tampil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya bersama bukti berkaitan bagi mengesahkan wang tersebut adalah miliknya,” katanya pada sidang akhbar di IPD Subang Jaya hari ini.

Hussien memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lokasi tersebut tidak dapat memberikan bukti yang mencukupi berkenaan pemilik wang tunai tersebut.

“Di tempat parkir itu terdapat CCTV, namun bukan di kawasan beg itu dijumpai. CCTV tersebut dipasang di kawasan keluar masuk kenderaan,” ujarnya.

Menurut Hussien, pihaknya percaya wang tunai yang dijumpai itu adalah tulen dan akan mendapatkan pengesahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... r-pusat-beli-belah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.059820 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list