CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10232|Reply: 52

[Tempatan] 'Saya hanya mahu menjadi 'keyboard warrior', saya tidak tahu perkataan Allah sensitif'. #2, Dipenjara enam bulan, denda RM12,000 kerana hina Islam

  [Copy link]
Post time 22-3-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 22-3-2024 08:42 AM

'Saya hanya mahu menjadi 'keyboard warrior', saya tidak tahu perkataan Allah sensitif'

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ahu-perkataan-allah

Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my

Disiarkan pada: Mac 22, 2024 @ 11:11am


Kuala Lumpur: Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi 'keyboard warrior' dan tidak mengetahui kalimah 'Allah' yang ditulis menghina agama Islam.

Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin, hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Dalam rayuannya, lelaki itu memohon supaya tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan kerja.

"Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi 'keyboard warrior', saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

"Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina," rayunya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

"Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang menunjukkan keseriusan hantaran yang dibuat bersifat sensitif kepada penganut agama Islam," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu terbabit tampil memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka itu.

Dia membuat permohonan itu dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mencarinya kerana tidak berpuas hati dengan komennya.

Lelaki itu mencetuskan kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai tidak terlalu sensitif dengan isu itu.

Dia malah didakwa cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar stoking yang memuatkan wajahnya sendiri.


CHIOK Wai Loong dibawa ke di Mahkamah Sesyen Jenayah (Siber) Kuala Lumpur di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking bertulisan kalimah Allah. FOTO Aswadi Alias

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2024 04:39 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 22-3-2024 08:41 AM

Isu stoking: Juruteknik dipenjara enam bulan, denda RM12,000 kerana hina Islam

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-kerana-hina-islam

BERNAMA

Disiarkan pada: Mac 22, 2024 @ 4:23pm


CHIOK (tengah) dihukum penjara enam bulan dan didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya empat hari lalu.

Hakim Suzana Hussin juga memerintahkan Chiok Wai Long, 35, dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda, dan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Mac lalu.

Lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil 'Chiok Wai Loong' pada 18 Mac lalu yang kemudiannya dilihat di Taman Sri Jati, Brickfields pada 3 pagi hari yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 231(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran, selain terdapat 24 laporan polis diterima berkaitan perbuatan tertuduh.

"Hantaran dibuat tidak sensitif terhadap agama Islam. Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada (penduduk) pelbagai agama, rasa hormat tidak boleh sama sekali diketepikan," katanya.

Sementara itu Chiok yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata dirinya tidak berniat dan tidak mengetahui perkataan yang digunakannya boleh bermaksud menghina.

"Saya memang 'keyboard warrior'... macam hobi, tapi saya tidak sangka ia (posting) menyentuh sensitiviti. Bukan niat saya untuk menghina," katanya yang merayu tidak dipenjarakan.

Semalam Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial berunsur menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai sebaneka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 22-3-2024 07:49 PM

andai kata hang:
1.baru dpt kerakyatan 'semalam'.
2.tada sekolah
3.tinggal sorang diri kt tgh hutan belantara sana...dan..baru 'keluar semalam'.
boleh jugok orng fikirkan 'timbang rasa' kt hang.
            #ApaDa......
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang mano?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 05:04 PM | Show all posts
hahaha ade kad OKU tak? kategori cacat otak..tak paham sensitiviti konon..da kena baru ko tau
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 05:09 PM | Show all posts
kesial. kerana jari badan binaso bakalan dishontot dalam nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2024 05:20 PM | Show all posts
mesti dia bangga jadi warrior handalan tu

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh plak xde peguam. Dia ni mmg x nak peguam ke atau x mampu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kena beduk tu, dah cukup baik....
Org dah tangkap dah kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 06:15 PM | Show all posts
Dia ni sekolah kat di sekolah kebangsaan atau sjkc?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ada lagi 2 orang kan tak dpt tangkap. termasuk perempuan nama hazel chan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 22-3-2024 06:15 PM
Dia ni sekolah kat di sekolah kebangsaan atau sjkc?

Bukan ke semalam nama dia Cagampang?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 22-3-2024 07:14 PM

Mengaku pon x sangka perkara tu menyentuh sensitiviti dan menghina. So pengajaran lain kali nak komen, komen yg related dgn bangsa sendiri dan agama sendiri sahaja. Sebab ko faham sensitif ke idak. Perkara yg x tahu xpayah nak jadi warrior sgt. Memasal ada rekod banduan n hilang duit 12k
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 07:17 PM | Show all posts
Macam mana mahkamah decide sejauh mana perbuatan itu menghina?

Kalau nanti orang kapir dengar ceramah lobai (which is many) strikes back mahkamah kena masuk campur juga ka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Manyak chiok ma masuk itu jail...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat nye cita cita kau dekkk...cita cita sejak di bangku SJKC yer??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 22-3-2024 06:41 PM
Bukan ke semalam nama dia Cagampang?

Tu orang lain. Cagampang tu mualaf kena denda 15k penjara 6 bulan. Chiok ni denda 12k penjara 6 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 22-3-2024 06:15 PM
Dia ni sekolah kat di sekolah kebangsaan atau sjkc?

Kalu tgk profile FB 'went to SMK Batu 8' mungkin time sekolah dulu budak2 yg low intellectual dok kelas2 belakang malas belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cantik boleh gelar bimbo. Tapi ni tak cantik.


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:04 PM | Show all posts
Mendapat ler kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.072459 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list