View: 11576|Reply: 21
|
[Tempatan]
Tiga minggu 7 beranak bergelandangan, dari rumah saudara ke kaki lima kedai
[Copy link]
|
|
Tiga minggu 7 beranak bergelandangan, dari rumah saudara ke kaki lima kedai
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ke-kaki-lima-kedai
Mohd Nasaruddin Parzi
am@hmetro.com.my
Disiarkan pada: Mac 21, 2024 @ 11:20pm
PEGAWAI Pasukan Operasi Agihan Daerah Hulu Langat Lembaga Zakat Selangor bersama tujuh sekeluarga yang hidup bergelandangan sejak tiga minggu lalu. FOTO Ihasn Lembaga Zakat Selangor.
Kuala Lumpur: Lima kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun terpaksa melalui kepayahan hidup sebagai gelandangan dengan tinggal di merata tempat sejak hampir tiga minggu lalu.
Kanak-kanak berkenaan bersama ibu dan bapanya, bukan saja perlu menumpang di rumah saudara mara, malah pernah berteduh di kaki lima.
Situasi sukar dihadapi keluarga itu dikongsi Pasukan Operasi Agihan Daerah Hulu Langat Lembaga Zakat Selangor, yang menjalankan tinjauan dan operasi bagi menjejaki keluarga berkenaan di sekitar Bandar Baru Bangi di Selangor baru-baru ini.
"Hari kedua berpuasa, sebuah keluarga diadukan bergelandangan di sekitar Bandar Baru Bangi. Rata-rata hanya mampu melihat dan sedikit simpati dengan menghulurkan seringgit dua untuk mengalas perut.
"Tak dapat dibayangkan, hampir tiga minggu anak seusia tiga tahun ke 11 tahun hidup berpindah randah. Dari rumah saudara ke kaki lima kedai.
" (Jika) ada sumbangan orang ramai, kenalah di hotel bajet. Semuanya demi anak-anak.," katanya menerusi perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Selangor hari ini.
Sebaik aduan diterima, katanya pasukan diketuai Ketua Operasi Agihan Daerah Hulu Langat segera menjejaki keluarga ini.
"Sungguh hiba kami lihat, mereka tampak keletihan, terutamanya lima anak kecil yang di bawa bersama," katanya sambil memaklumkan bantuan kecemasan dan tempat tinggal sementara sudah diusahakan buat keluarga berkenaan.
Katanya, pihaknya juga sudah mendaftarkan keluarga sebagai asnaf sementara, bagi mengurangkan masalah yang dihadapi mereka.
"Kami menyalurkan sumbangan wang tunai untuk makan minum dan menyewakan dua hari homestay bagi memberikan keselesaan anak-anak kecil sementara urusan mencari rumah sewa.
"Ada yang bersimpati, tanpa deposit yang diminta oleh tuan rumah, dibenarkan untuk masuk ke rumah sewa dengan segera," katanya.
Katanya, segala aduan dan siasatan yang dijalankan adalah selepas melihat kepada keperluan asasi atau keutamaan yang diperlukan keluarga berkenaan.
"Selebihnya, keluarga ini perlu mengusahakan sesuatu agar dapat meneruskan kelangsungan hidup. Kami di Lembaga Zakat Selangor sentiasa bergerak menyantuni bukan saja gelandangan, tetapi warga setempat yang memerlukan.
"Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini, dapat membuka ruang lebih luas buat keluarga ini untuk mengubah taraf hidup," katanya.
Sementara ibu kepada lima anak berkenaan yang ditemui pasukan itu berkongsi kepayahan terpaksa diharungi mereka, khususnya dalam mendapatkan tempat tinggal sempurna buat anaknya.
"Kami sudah tak fikir untuk diri sendiri, apa yang saya fikirkan sebagai seorang ibu, hanyalah untuk anak-anak," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kerja kita sebagai rakyat untuk ambil tahu hal diorang ni. Sepatutnya kerja Kerajaan dan Parti Politik untuk jaga diorang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 22-3-2024 05:59 PM
Bukan kerja kita sebagai rakyat untuk ambil tahu hal diorang ni. Sepatutnya kerja Kerajaan dan Parti ...
sbg ahli politik..keja depa berpolitik jer la... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 22-3-2024 06:02 PM
sbg ahli politik..keja depa berpolitik jer la...
Biar rakyat politik kan isu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah kerja kerajaan dan parti politik di Malaysia yang sesungguhnya adalah terus bermanuver agar kekal berkuasa dan memperkaya diri sendiri dan keluarga dengan segala cara ... legal maupun haram .. Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
3 minggu ni panas betul...takleh bayang anak2 yg kecik tu...kenapa sampai bergelandangan?mcm pakaian elok2 je...hilang kerja? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak macam masih muda parents tu. Maybe pusat zakat boleh buat suaha sama dengan syarikat2 yang ada kerja kosong, job maching gitu. masa foreign worker x masuk tempat kerja aku ada ambik gelandangan sebagai pekerja tapi majoriti lari. Sebab ada gelandangan yg lagi selesa hidup cara dorang, bila rasa nak kerja baru kerja. Xnak hidup kerja 9-5. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap family Ni jaga rumah elok2..
Kat Taman iols neh Ada asnaf sewa..astaga.
Depa lari Malam..Habis rumah tu dibuat MCM ape tah...Sabo jelah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya budak2 kecik. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe, takpe bang. Sabar ya.
Kang tak lama lagi, family abg akan jadi 8 org.
Sabar ya. Sikitttt je lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni iklan kondom kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cerita pun sebab apa boleh jadi macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 22-3-2024 09:38 PM
Takpe, takpe bang. Sabar ya.
Tambah pulak dah ada tempattinggal yg selesa..
Aku pelik..... Pendatang blh hidup, rakyat sendiri tido Di kakilima...
Giler ke hapa |
|
|
|
|
|
|
|
Golongan kayangan pun berkira nak tambah anak. Yg golongan tak berapa senang ni, senang2 je beranak pinak berderet2. Klu x suka pakai kondom, kira la hari 'selamat', bukan susah pun nak kira. |
|
|
|
|
|
|
|
Jkm tlng la ambik bdk2 tu Dan jaga. Mak ayah dorang dah x berkemampuan. nant bsr bdk tu akan jd bdk jalanan Dan bakal terjebak bnd2 negatif kalo dibiarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang dah keluar 5 ketul tu kita xleh buat apa dah, cuma diorang boleh usaha agar tak ada yg no 6, 7, 8, 9 dan yg seterusnya
Yg xberapa nak ada tu, fikir2 kan la kalau bercita2 nak berkeluarga besar, modal pun besar skrg ni
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah. dpt juga perhatian n bantuan akhirnya. semoga dipermudahkan urusan mencari rezeki utk anak2 n isteri. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan segala urusan utk keluarga ini...
ai kesian dgn anak2 terpaksa mengharung kesusahan begini dan mungkin pasangan suami isteri ni mengalami kesusahan yg kita tak tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Dovahkiin replied at 22-3-2024 11:35 PM
Golongan kayangan pun berkira nak tambah anak. Yg golongan tak berapa senang ni, senang2 je beranak ...
Udah kalau serba serbi malas..jangankan nak serlomkan kondom, nak kira hari mana yang selamat pon malas..itu yang berderet..moga stop sampai situ..malangnya nasib anak2 yanbmg dapat parent yang selfish mcm nie..
Eh jangan budak2 nie tak ke sekolah sudah..hmm adakah bakalan mewarisi kesusahan yang sedia ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
tindakan susulan perlu dilaksanakan |
|
|
|
|
|
|
| |
|