CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12965|Reply: 17

[Dunia] Pemberontak menggila di Selatan Thailand

  [Copy link]
Post time 22-3-2024 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-3-2024 11:09 PM

BANGKOK: Kira-kira 40 lokasi di sekitar Selatan Thailand diserang pemberontak dengan membakar kedai, kereta dan tiang elektrik, dalam kejadian serentak awal pagi tadi, menurut pihak berkuasa.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya seorang dilaporkan terkorban dalam kejadian berkenaan yang berlaku di empat wilayah termasuk Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla.

Kawasan di sepanjang sempadan Malaysia itu menyaksikan serangan pemberontakan yang berlaku sejak beberapa dekad lalu, kerana kerajaan Thailand memerangi kumpulan yang menuntut kemerdekaan bagi wilayah selatan yang majoritinya beragama Islam dan etnik Melayu.

Mangsa yang dilaporkan terkorban itu adalah seorang pekerja asing wanita dari Myanmar, terbunuh akibat letupan, kata pihak berkuasa Thailand.

"Pelakunya mahu mengganggu keamanan semasa Ramadan.

"Mereka menyerang ekonomi tempatan dan menyasarkan utiliti," kata Kolonel Eakvarit Chobchoophol, jurucakap Komando Operasi Keselamatan Dalam Negeri tentera untuk wilayah selatan.

Eakvarit berkata, pelaku menghalau pekerja keluar dari kedai serbaneka terlebih dahulu sebelum melepaskan tembakan ke udara dan membakar bangunan.

Bulan lalu kerajaan Thailand mengadakan semula rundingan damai dengan kumpulan pemberontak, bertujuan untuk mewujudkan mencapai keamanan selepas terhenti akibat pertukaran kerajaan Thailand berikutan pilihan raya umum Mei lalu.

Selatan Thailand adalah sebahagian daripada kesultanan Melayu merdeka, Patani, sebelum dilampirkan oleh Thailand pada 1909 sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Britain.

Fasa konflik terbaru meletus pada 2004 dan sejak itu lebih 7,300 orang terbunuh, menurut Deep South Watch, sebuah kumpulan yang memantau keganasan. - REUTERS

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 12:07 AM | Show all posts
betul ke pemisah yang buat. biasa benda macam ni yang dalangnya nu dekat segitiga sana. lepas je isu nak tarik balik ganja, terus jadi macam ni.

time thaksin yang mati 500 orang dekat masjid tu pun dalang dia dari sana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 12:10 AM | Show all posts
patut la sorang forumer pondan siam lengkap operate tu taknak balik sana dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm gini x stable pon matawang lg tggi dri malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
cranell replied at 23-3-2024 12:07 AM
betul ke pemisah yang buat. biasa benda macam ni yang dalangnya nu dekat segitiga sana. lepas je isu ...

Susanh nak confirm kan...

Kata ada 3 group suka buat bom kat sana. Puak pemisah, geng pengedar dadah dan geng penyeludup.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 23-3-2024 12:10 AM
patut la sorang forumer pondan siam lengkap operate tu taknak balik sana dah

Who is heshe?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2024 02:31 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-3-2024 12:19 AM
Susanh nak confirm kan...

Kata ada 3 group suka buat bom kat sana. Puak pemisah, geng pengedar da ...

dulu time thaksin, dia hapuskan dadah sintetik besar-besaran. Jadi geng segitiga buat serangan dekat kem tentera sebelah pattani. tentera pulak serang masjid time semayang jumaat tuduh orang islam buat,akibatnya 500++ orang mati dalam tahanan. Sejak tu orang Islam bangun lawan sampai dapat autonomi baru slow sikit. Tapi time thaksin tu memang fight habis.

Yang citer ni member aku dari sebelah sana time tu. Masuk Malaysia sebab time tu tentera thai nampak pemuda melayu terus tembak. lepas tu dia balik sana jadi pejuang. lost contact hidup mati tak tau.

Yang baru ni lak lepas je usul nak haramkan ganja balik, terus jadi serangan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cranell replied at 23-3-2024 02:31 AM
dulu time thaksin, dia hapuskan dadah sintetik besar-besaran. Jadi geng segitiga buat serangan dek ...

Betul la tu...Thailand bodoh gi serang masjid masa tu sebab diorg ni tak faham budaya Melayu...dia ingat orang gi sembahyang tengah hisap dadah kot

Sampai sekarang Kartel Dadah sana tak boleh nak kontrol.

So diorg sekarang ni hire tentera dari Melayu situ sebab lebih paham buaday situ.

Tapi tulah..kes 2004 dulu jadi pencetus puak pemisah untuk merdeka di situ...sampai sekarang.

Serangan tahun lepas katanya diorang nak bagitahu pada pihak berkuasa Thai...Puak Pemisah untuk merdeka masih wujud di Selatan Thai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 04:07 AM | Show all posts
salam ramadhan. kaka sahur air coway dan nasi goreng kampung dan nugget je..

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 04:16 AM | Show all posts

forumNer2 lama yang register before 2010 tahu sape yang bangkem maksudkan

cer tanya dorang



ada lagi sorang minah ni, dia batal kewarganegaraan malaysia sebab nak dapat kewarganegaraan british

dia taknak jadi warganegara malaysia sebab dia benci umno dan melayu

so membawa diri ler ke negara orang

dah dekat 20 tahun tinggal di UK merantau kejap kat dundee kejap kat east london kejap kat marseyside

pernah satu tempoh, dia kerja kilang, duduk asrama, kongsi dengan pekerja2 dari indonesia

meruap ruap kebencian dia kepada indon tapi dia pendam sahaja sebab pekerja indon majoriti di asrama tu

jadi sebab takut kena palau, dia cuba berasimilasi dengan pekerja2 indon dan cuba bercakap edngan bahasa indon

tapi... dia lepaskan amarah terhadap indon di forum cari ni, sambil sekali sekala selit2 sindiran kepada umno dan melayu

cer teka siapa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 01:19 PM | Show all posts
Mengapa Malaysia .. X membantu orang melayu yang tertindas di sana ?

Jika Malaysia serius nak membantu ... kirimkan beribu-ribu askar melayudiraja Malaysia kesana  untok mengusir tentera kafir Thai dari sluruh wilayah slatan Thai itu ..

Mengapa Malaysia X berani ?


Kerana Malaysia seperti biaa menganut asas NATO ... No Action Talk Only .... Padahl semua tahu bahwa Malaysia adalah kuasa besar dunia no. 1 .. jauh lebih strong dibandingkan Thai .... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 23-3-2024 01:19 PM
Mengapa Malaysia .. X membantu orang melayu yang tertindas di sana ?

Jika Malaysia serius nak memba ...

"maka gue akan hantar si buta,jaka sembung,suster ngesot untuk memerangi menir2 Belanda"-Si Indon dr Gua Hantu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 23-3-2024 04:16 AM
forumNer2 lama yang register before 2010 tahu sape yang bangkem maksudkan

cer tanya dorang

Baik bangkem bagitau direct je.


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 09:14 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 24-3-2024 10:10 AM

Saya mengerti sekarang ...jangankan membantu orang melayu di selatan Thai ... menghdaapi  serbuan Bangla di negaranya sendiri mereka pun  X mampu berbuat apa apa ......


Jadi X hairanlah jika bangla yakin bahwa mereka akan menjadi PM  di negara  Malaydesh ini ... Hehehehe


[




Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 11:20 PM | Show all posts
Elok pulak pilih bulan Ramadan yang mulia macam yisrael pulak. Tapi tahun ni Jerusalem macam tenang je, so far lah.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 08:30 AM | Show all posts
nusaraya replied at 23-3-2024 01:19 PM
Mengapa Malaysia .. X membantu orang melayu yang tertindas di sana ?

Jika Malaysia serius nak memba ...

Ini pasal tanah lah...ko apa tahu..asyik nak spin racism je. Brengsek betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya pd sesapa yg arif dlm geopolitik Thai
Dr dulu lg kan selatan thai ni nak tuntut merdeka...so kalo depa jd negara sendiri, depa reti ke nk majukan negara sendiri, reti ke nk uruskan psl hal ehwal ekonomi kat peringkat global and apa pula kata pandangan Raja Thai??
Sbb the whole kingdom of Thai tu dibwh raja thai kan, so kalo terpisah jd negara sendiri, adakah raja thai akan kecik hati atau cemana??
Serius aku nk tahu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 23-3-2024 12:12 AM
Mcm gini x stable pon matawang lg tggi dri malaysia

Acik2 tetappp berbondong2 ke hatyai dan songkhla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 36072 Replies : 479
Sanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumbang
mojarean_XSanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumb
Views : 6297 Replies : 29
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 109981 Replies : 484
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 86362 Replies : 630
[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan kekasih baru?
doubleA[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan
Views : 9866 Replies : 85
Pakcik berkopiah hidap sakit jantung mengaku tak salah tipu tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar
mojarean_XPakcik berkopiah hidap sakit jantung men
Views : 5912 Replies : 61
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 21362 Replies : 118
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 55813 Replies : 2785
Bina Kondo budaya kito:Kawasan sekitar pusat takungan banjir Bohol telah ditanda untuk pembinaan Kondominium dan perumahan Madani?.Netizen bimbang banjir besar bakal berlaku
YgBenarBina Kondo budaya kito:Kawasan sekitar p
Views : 6863 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.118899 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list