CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12877|Reply: 14

[Jenayah] Luluh hati ibu, 'superman' disumbat ke penjara

  [Copy link]
Post time 22-3-2024 11:27 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA – Tindakan seorang pemuda melakukan aksi ‘superman’ ketika menunggang motosikal membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Nuraiman Rosman, 23, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menunggang motosikal dengan keadaan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain kira-kira pukul 2.15 pagi di Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ) lampu isyarat Bukit Piatu, daerah Melaka Tengah di sini, 3 September lalu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan dia merupakan anak sulung daripada tujuh beradik dan perlu membantu ibunya berniaga kuih, selain sudah insaf.

Ibu tertuduh yang turut hadir pada prosiding itu juga dilihat gagal mengawal emosi apabila menangis teresak-esak sehingga terpaksa diminta keluar dari kamar mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa , Muhammad Naim Abd. Jalil bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan lesen B2 tertuduh dibatalkan.

Selepas mendengar rayua kedua belah pihak, Mazana kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara satu hari dan membayar denda sebanyak RM5,000 atau empat bulan penjara, jika gagal bayar.

Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung selama lima tahun bermula dari tarikh sabitan hari ini. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
lesen kene gtg kan dah menyusahkan hidup, lepas ni sapa nak tlg mak tu meniaga.
umur 23 dah pun kalut nak bersuperman lagi, otak letak kat tyr moto ke apa???
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Da la susah pastu buat bnd yg menyusahkan diri sendiri Dan keluarga. Aku x phm btl la dgn golongan b40 ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 22-3-2024 11:53 PM

Semoga insaf la
Tak berbaloi lgsg dgn buat aksi bodo gitu, byk yg ko hilang
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 23-3-2024 01:08 AM

Anak yang tak bertanggunjawab, yang tak berguna dan menyusahkan keluarga.

Typical anak sulung keluarga Etnik Melayu, tak boleh diharap..tak menguasai teknologi kemahiran tinggi.

Menyusahkan negara bangsa dan keluarga.

Sebab tu Malaysia tak mampu jadi Developed Country. Sebab banyak orang bodoh kaki rempit dan syabu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Situ mmg port kan..
Iols pernah balik rumah tok iols..masuk Jasin
Pkl 2am.budak2.rempit Ni dok berlonggok tepi Jalan tunggu masa nak berlumba..
Riso juga..sebab takut langgor kete iols ..
Eeee...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2024 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Batman bin Suparman
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Superman pun nangis ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 02:18 PM | Show all posts
Lepas ni jangan buat lagi ya
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
patutnya jgn mengaku bersalah. bicara dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot superman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiman tak kisah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lattew kak oii lagi 5 taon dia takleh bawak moto dah.  Kalo harapkan akak melarang ditongsampahkannye aje..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 11:24 PM | Show all posts
Luluh hati sebab penjara sehari ka sebab terbang 5 ribu renggek. Kalau sayang 5 ribu tu extend ja makan free 4 bulan lagi.

Mana lagi luluh kalau lepas merepit jenazah ja yang balik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik kena tangkap dik, kot2 la nak insaf lepas ni

kalau tak kena tangkap duk merempit tak ingat dunia lagi la..mak niaga kuih cari rezeki, nkau mengangkang kat rumah perabis beras malam2 main motor macam budak tak cukup akal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.240380 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list