CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8377|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tart nanas Puspen Jelebu laku ‘keras’

[Copy link]
Post time 24-3-2024 12:43 PM | Show all posts |Read mode

Norasiken menunjukkan sebahagian produk yang terdapat di Bakeri Titi Gold ketika ditemui di Puspen Jelebu baru-baru ini.

JELEBU – Walaupun terdapat pelbagai jenis biskut raya moden di pasaran, biskut atau kuih tradisi seperti tart nanas masih menjadi pilihan serta mendapat permintaan tinggi.

Perkara itu diakui oleh Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Jelebu, Norasiken Ahmad apabila jualan di Bakeri Titi Gold diusahakan oleh klien yang mencatatkan jualan sebanyak RM3,000 pada bulan Januari, melonjak jualannya sehingga mencecah RM11,000 pada minggu ketiga bulan ini.

Menurutnya, produk utama bakeri tersebut adalah tart nanas baik tart gulung, mahupun nyonya, namun mempunyai pilihan lain untuk ditawarkan iaitu tart Blue Bery, Rossel, tart dahlia dan yang terkini ialah tart strawberry, Cookies Red Velvet dan Chocolate Chip.

“Harganya juga adalah berpatutan daripada serendah RM10. Harga jualan ini bagaimanapun bergantung kepada bahan yang digunakan. Sebagai contoh harga bagi tart nanas bagi 50 biji ialah RM30 berbanding dengan tart strawberry kerana harga strawberry lebih mahal.

“Walaupun baru berusia setahun jagung, bakeri ini sudah berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM32,000 pada tahun lalu yang mana kesemua jualan itu dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Puspen Jelebu,” katanya ketika ditemui pemberita di Bakeri Titi Gold, Puspen Jelebu, di sini, baru-baru ini.

Ujar Norasiken lagi, bakeri itu mampu memuatkan 13 klien dalam satu-satu masa untuk penghasilan biskut raya dan kini sedang menyiapkan tempahan 50 set biskut raya yang diterima dari pelbagai pihak. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -jelebu-laku-keras/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.067343 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list