CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6333|Reply: 0

[Sabah] Hubungan baik ibu bapa dan guru teras kemenjadian murid

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:28 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Ibu bapa dan guru-guru mengambil gambar kenang-kenangan selepas mesyuarat agung PIBG SRAT.

TAMPARULI: Lebih 100 ibu bapa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Advent Tamparuli (SRAT) yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Bagi Donna Taisin, 32, kehadiran itu membuktikan sokongan ibu bapa terhadap murid-murid sekali gus juga menyokong pihak sekolah dalam mendidik anak-anak.

“Hubungan baik antara ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan utama dalam memastikan pembangunan holistik setiap murid.

“Pada masa yang sama peranan PIBG meningkatkan persefahaman antara ibu bapa dan guru ke arah merealisasikan kemenjadian murid,” katanya yang juga ibu kepada seorang murid tahun enam di sekolah itu.

Boyd Dane Tianam, 38, pula memaklumkan, gabungan usaha antara ibu bapa dan guru adalah kunci kejayaan yang sebenar dalam pembangunan murid.

Katanya, melalui komunikasi berterusan, kerjasama erat dan pemahaman yang saling menghormati, ia mampu mencipta persekitaran pembelajaran kondusif dan memberi ruang kepada setiap murid untuk berkembang.

“Gabungan usaha antara ibu bapa dan guru adalah kunci kejayaan yang sebenar dalam pembangunan murid," katanya.

Bagi Edmuston Edmund, 36, sinergi yang kukuh antara ibu bapa dan guru dapat memastikan setiap anak didik mendapat pendidikan berkualiti, pembangunan yang menyeluruh, dan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik serta sosial.

Beliau yang baharu sahaja memindahkan dua anaknya ke SRAT turut menyeru agar ibu bapa sentiasa bersama-sama dengan pihak sekolah dalam menggalakkan anak-anak terus terlibat aktif dalam semua aktiviti kurikulum serta kokurikulum.


JAWATANKUASA BAHARU: Barisan ahli jawatankuasa PIBG SRAT bagi sesi 2024/2025.

“Marilah kita bersama-sama mengeratkan hubungan ibu bapa-guru untuk mencapai matlamat yang sama dalam mendidik generasi masa depan,” katanya.

Pada mesyuarat agung itu, ibu bapa dan guru-guru sebulat suara melantik semula Salbinous Saribun sebagai Pengerusi PIBG bagi sesi 2024/2025.

Boyd dipilih sebagai Timbalan Pengerusi, Ivy Sumbiling (Setiausaha), Monica Abok (Penolong Setiausaha) dan Herily Morudin dilantik Bendahari. 10 ahli jawatankuasa lain dan dua juru audit dalaman turut dipilih daripada kalangan ibu bapa dan guru-guru.

Hadir sama, Presiden Seventh-day Adventists (SDA) Mission of Sabah, Feldinand Sawanai dan Pengarah Pendidikan Seventh-day Adventist Mission of Sabah, Octavius Guling.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.057464 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list