CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2948|Reply: 0

[Sabah] MATTA Fair 2024, Sabah jana jualan hampir RM3 juta

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:17 PM | Show all posts |Read mode


LAWAT: Khairul Firdaus (tengah) mendengar penerangan daripada Joniston (dua kanan) semasa melawat tapak pameran pelancongan Sabah sempena MATTA Fair 2024 di Kuala Lumpur.

KOTA KINABALU: Syarikat pelancongan dan hotel di Sabah merekodkan jualan hampir RM3 juta pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai berkata, Semporna antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai.

Katanya, hasil pemerhatian pihak STB mendapati kawasan yang mempunyai daya tarikan alam semula jadi seperti Sandakan dan Lahad Datu turut menarik para pelancong.

Menurutnya, ia dapat dilihat menerusi tempahan berterusan untuk lawatan ke kawasan Lembah Danum iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia.

Beliau berkata, Sabah yang dikenali dengan imej sebagai destinasi mendamaikan (healing destination) turut menarik perhatian pengunjung kerana ia mencerminkan negeri ini yang berkait rapat dengan keindahan alam semula jadi, pulau-pulau yang tenang, dan pengembaraan yang menyeronokkan.

"Penting bagi semua pemain pelancongan utama untuk mengekalkan momentum dan menghasilkan kreativiti serta inovasi dalam mempromosikan Sabah kepada pelancong domestik.

"Bagi menarik pelancong domestik, ia memerlukan evolusi berterusan dalam strategi untuk memastikan Sabah menjadi tumpuan utama bagi para pengembara," katanya yang mengetuai rombongan pelancongan Sabah di MATTA Fair 2024.

Menurutnya, kejayaan pameran itu menunjukkan kepelbagaian tarikan di Sabah dalam memenuhi pilihan percutian seperti penjualan pakej golf yang dibuat oleh pengusaha pelancongan.

Dengan kehadiran seramai 26 pengendali pelancongan Sabah ke pameran itu, ia memberikan peluang terbaik untuk mempamerkan kepelbagaian produk pelancongan Sabah kepada khalayak yang lebih ramai.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan yang diiringi pegawai pelancongan, turut berkesempatan singgah ke gerai pelancongan Sabah untuk melihat tawaran pakej yang disediakan.

Sempena pameran itu, STB yang mengetuai zon Sabah dengan 10 gerai, menawarkan rebat perjalanan, ‘Token Rehat Minda’ yang bernilai sehingga RM150 dalam satu resit dengan pembelian pakej pelancongan Sabah.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Josie Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffrey Jimit.

Di luar dari MATTA Fair, Julinus berkesempatan bertemu dengan wakil syarikat penerbangan dan pemain pelancongan utama dari Semenanjung.

Libat urus berkenaan menyerlahkan komitmen berterusan pelancongan Sabah dalam memupuk perkongsian strategik dan meningkatkan peluang untuk pertumbuhan dan kerjasama.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076991 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list