CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5683|Reply: 0

[Sarawak] AirAsia tambah penerbangan sempena Aidilfitri

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Sedia lebih 22,000 tempat duduk untuk penerbangan lewat malam antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak



Hasbi (empat kiri) menyerahkan OG kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Sulaiman (tiga kiri) dan tetamu lain.

LIMBANG: Syarikat penerbangan AirAsia menyediakan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang tetap untuk penerbangan lewat malam antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, inisiatif itu sebahagian daripada komitmennya bagi membolehkan lebih ramai pulang ke kampung halaman untuk perayaan tersebut termasuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

“AirAsia melaksanakan inisiatif sendiri untuk tambahan penerbangan malam dan sebagainya dan ada 22,000 tempat duduk yang dijual ke Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah usaha yang dibuat AirAsia untuk memastikan semua orang dapat balik kampung untuk berhari raya, itulah usaha untuk memastikan hari perayaan tiada lonjakan harga berlaku,” katanya ketika ditemui media selepas Penyerahan Outright Grant (OG) di Masjid Baitul Iman, baru-baru ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal.

Hasbi menambah, pembelian tiket boleh dibuat bermula 4 Mac lepas dan mereka digalakkan untuk membeli awal bagi mendapatkan harga lebih murah berbanding harga tiket pada hari biasa.

Katanya, rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung dan ingin pulang berhari raya perlu merancang awal untuk pulang dengan melakukan pembelian tiket lebih awal.

Pada masa sama katanya, bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman menggunakan jalan raya sempena Aidilfitri ini digalak merancang perjalanan mereka dengan selamat.

Katanya, orang ramai juga perlu membuat aduan kepada agensi penguatkuasaan seperti Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya ada pihak yang menjual tiket bas pada harga mahal dan melampau.

Pada program itu, sebanyak 62 wakil menerima geran membabitkan 10 masjid dan 52 surau di Parlimen Limbang dengan peruntukan keseluruhan RM196,000.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062769 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list