CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5730|Reply: 0

[Sarawak] https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/26/kejayaan-tukar-status-pelabuhan-bintulu-satu-pencapaian-bersejarah-uggah

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Mereka dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti luar rumah, elak terdedah dengan jerebu di Miri



Gambar fail

MIRI: Golongan berisiko yang mempunyai masalah pernafasan termasuk pesakit asma, kanak-kanak dan warga emas, dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah dan mengelak terdedah dengan jerebu yang menyelubungi beberapa kawasan di sini.  

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man semalam memberitahu bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melalui laman web rasminya menunjukkan kualiti udara di Miri berada pada paras kurang baik.

"Malah sesetengah tempat di kawasan Miri telah mencecah tahap tidak sihat sekitar jam 11 pagi dengan bacaan IPU 114.

"Walaupun indeks tersebut turun kepada tahap sederhana selepas itu, namun masih hampir dengan tahap tidak sihat. Ini telah menimbulkan kekhuatiran dan kebimbangan daripada segelintir penduduk.

"Oleh itu, saya menyeru kepada semua penduduk Miri terutama golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit pernafasan seperti asma agar mengurangkan pendedahan kepada situasi jerebu ini," tambahnya.

Beliau mengingatkan dalam keadaan cuaca panas ketika ini, orang ramai harus memperbanyakkan pengambilan air sebagai sumber hidrasi yang mencukupi, mengurangkan penglibatan aktiviti fizikal di luar rumah dan jika perlu berada di luar rumah, dinasihatkan memakai penutup hidung dan mulut.

"Pada masa yang sama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jabatan bomba dan agensi lain atas usaha mereka memadamkan atau mencegah kebakaran hutan.

"Saya menyeru pihak berkuasa terus memantau keadaan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan, sekiranya keadaan kemarau terus kekal berpanjangan.

"Kami akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan komuniti kami," katanya.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri pada 24 Mac lalu telah mengeluarkan larangan pembakaran terbuka ekoran kebakaran belukar dan hutan paya gambut di sini yang mengakibatkan jerebu.

JPBB Miri dalam kenyataannya mengingatkan semua pihak agar tidak melakukan pembakaran terbuka, membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh tanah lapang kepunyaan kerajaan sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.

Terdahulu pada Khamis lalu, semua agensi di bawah JPBB Miri telah menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi JPBB Miri Jamalie Busri bagi membincangkan strategi pencegahan kebakaran tanah gambut, antaranya, melalui pengawasan darat serta pemantauan dengan peralatan pengawasan berteknologi tinggi iaitu menggunakan dron termal M30T, selain penyediaan keperluan fasiliti pemadaman seperti jentera berat dan pam air.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059355 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list