CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4890|Reply: 0

[Sabah] Bayaran bantuan subsidi tiket penerbangan mulai disalurkan minggu hadapan

[Copy link]
Post time 27-3-2024 08:45 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar di Semenanjung dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Johor Bahru.

KOTA KINABALU: Bayaran bantuan subsidi tiket penerbangan yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada Isnin lepas akan disalurkan mulai minggu hadapan kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Mengulas lanjut, Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, semua pelajar Sabah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan menerima pembayaran sekali bayar RM600, yang akan dikredit ke dalam akaun masing-masing.

Pelajar yang mendapat tajaan akan menerima bayaran itu yang akan diselaras oleh agensi penaja masing-masing manakala pelajar yang tidak mempunyai tajaan daripada agensi berkaitan akan turut menerima bantuan subsidi itu selepas mendapat pengesahan dari IPT yang diselaras Pejabat Tugas-Tugas Khas (PTTK).

"Pembayaran akan dibuat melalui akaun bank pelajar yang akan diselaraskan oleh agensi penaja yang berkaitan.

"Sebagai contoh jika pelajar itu ditaja oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), ia diselaras oleh agensi itu dan dibayar terus kepada pelajar terbabit dan pelajar yang mendapat biasiswa Kerajaan negeri, bayaran akan disalurkan oleh Kerajaan negeri.

"Begitu juga jika pelajar itu tajaan Yayasan Sabah, peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Ketua Menteri (JKM) itu akan diselaraskan Yayasan Sabah dan pembayaran juga akan terus dibuat ke akaun pelajar yang ditaja,” katanya sambil menambah InsyaAllah pembayaran akan bermula menjelang raya ini.


AMANAT: Arifin menyampaikan ucapannya pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Johor Bahru bersama pelajar IPT di Semenanjung.

Dalam perkembangan sama, Arifin memberitahu bagi pelajar yang tidak mempunyai tajaan dan hanya membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pembayaran akan dibuat secara tunai selepas mendapat pengesahan melalui universiti atau kolej berkaitan.

“Bagi pelajar yang tiada biasiswa dan dermasiswa yang hanya ada PTPTN, PTTK akan mendapatkan maklumat dari semua universiti di Semenanjung, Sarawak dan Labuan bagi memperoleh pengesahan sama ada pelajar itu masih belajar atau tidak.

“Selepas itu, jika ada sudah pengesahan universiti, barulah kita akan salurkan pembayaran secara tunai di universiti terlibat. Ini kerana, subsidi ini bukan sahaja untuk hari raya tetapi tempohnya adalah sehingga Oktober 2024,” katanya.

Mengenai pengumuman bantuan subsidi tiket penerbangan yang diumumkan Ketua Menteri, Arifin menyifatkan ia sebagai satu usaha yang membuktikan kerajaan pimpinan Hajiji prihatin terhadap aspek pendidikan.

Sejurus berita baik itu diumumkan rata-rata pelajar yang ditemui memberi reaksi yang sangat positif dan sebilangan besar sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian bantuan subsidi yang dilihat tepat pada masanya kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar yang bakal pulang ke Sabah menjelang cuti perayaan.

Isnin lepas, Hajiji mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di IPT awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan, sebanyak RM600 setiap seorang sekali bayar melalui peruntukan khas Ketua Menteri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.061986 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list