CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10572|Reply: 0

[Sarawak] Selesaikan isu penukaran tong gas kuning kepada merah dengan segera

[Copy link]
Post time 27-3-2024 08:59 PM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahkan geran kepada salah seorang wakil penerima disaksikan Abdul Rahim (dua kiri).
LIMBANG: Kesukaran yang dihadapi penduduk Limbang untuk menukar silinder gas petroleum cecair (LPG) MyGaz (tong kuning) kepada PETROS (tong merah) perlu diberi perhatian dan diselesaikan pihak berkaitan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail berkata, terdapat aduan yang diterima pihaknya berhubung kesukaran penduduk di sini untuk menukar LPG MyGaz kepada tong merah ketika ini.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah mahu masalah itu tidak berlarutan dan diselesaikan secara tuntas lebih-lebih lagi untuk kegunaan bulan Ramadan dan Aidilfitri ini.

"Isu ini memang masih 'panas' pada mulanya, selain pembekal ataupun pengedar menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan tong, pengguna-pengguna yang hendak menukar tong juga berdepan masalah kerana banyak sangat birokrasinya.

"Jadi kita kena permudahkanlah perkara ini supaya tidak mendatangkan kesusahan kepada rakyat," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Cek Outright Grant (OG) kepada masjid dan surau dalam kawasan DUN Bukit Kota di Masjid Baitul Iman Daerah Limbang, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely.

Dr Abdul Rahman juga mahu pihak berkaitan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memastikan segala bekalan asas, ayam dan daging mencukupi menjelang Aidilfitri ini.

Katanya, meskipun tidak berdepan isu kekurangan bekalan asas pada masa ini, tetapi perkara itu perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi kedudukan Limbang yang berdepan dengan masalah logistik.

Pada majlis itu, peruntukan sebanyak RM234,000 diagihkan kepada 81 penerima.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.061408 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list