CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1891|Reply: 0

[Sabah] Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang masuki hari kelima

[Copy link]
Post time 28-3-2024 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-3-2024 07:27 AM



OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi.

KOTA KINABALU: Operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memasuki hari kelima.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, operasi pemadaman masih menggunakan peralatan jentera khas berikutan lokasi kebakaran adalah berskala besar.

“Pihak bomba menjalankan pemadaman menggunakan Fix Monitor Fire Fighting bersama jentera High Performance Pump Module (HPPM) dengan mengambil sumber air terbuka dan pemadaman menggunakan sebanyak 14 Tong Foam.

“Operasi dilaksana 59 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah,” katanya.

Terdahulu, operasi yang dijalankan sejak Selasa menggunakan peralatan Fix Monitor Fire Fighting bersama jentera HPPM dengan mengambil sumber air terbuka dan pemadaman menggunakan foam.

Riki berkata, operasi kebakaran dibahagikan kepada empat sektor iaitu sektor A, B, C dan D.

Menurutnya, bagi sektor A, sebanyak 90 peratus kebakaran berjaya dipadamkan manakala sektor B masih terbakar 100 peratus.

"Bagi sektor C, sebanyak 50 peratus sudah dipadamkan dan sektor D pula berjaya dipadamkan sebanyak 70 peratus.

"Kebakaran membabitkan sisa pembuangan tayar terpakai di tapak pelupusan sampah berkeluasan 45,700 meter persegi dan baki luas kebakaran adalah 25,000 meter persegi," katanya.

Katanya sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.055786 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list