CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11543|Reply: 0

[Dunia] Harga gas, elektrik di Singapura turun mulai bulan depan

[Copy link]
Post time 29-3-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Harga gas, elektrik di Singapura turun mulai bulan depan

https://www.bharian.com.my/dunia ... n-mulai-bulan-depan

AGENSI - Mac 29, 2024 @ 8:58am


Singapura. - Foto AGENSI

SINGAPURA: Harga gas dan elektrik di republik ini akan turun untuk tiga bulan akan datang berikutan kos lebih rendah.

Mulai 1 April hingga 30 Jun, isi rumah yang dibekalkan oleh pengendali grid SP Group akan menyaksikan penurunan 0.3 peratus dalam tarif elektrik, menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.

The Straits Times melaporkan ini bermakna kadar baharu menjadi 29.79 sen setiap kilowatt jam (kWj) sebelum cukai barang dan perkhidmatan (GST), turun daripada 29.89 sen pada masa ini.

Dengan tarif baharu itu, purata bil elektrik bulanan bagi keluarga yang tinggal di flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan berkurangan sebanyak 33 sen sebelum GST, turun daripada $98.51 (RM345.35) kepada $98.18 (RM344.19).

Secara keseluruhan, tarif elektrik, termasuk untuk perniagaan, akan menurun sebanyak purata 0.4 peratus, atau 0.12 peratus setiap kWj, berbanding suku sebelumnya.

Penurunan itu disebabkan kos tenaga lebih rendah, kata SP Group. Kos yang dibayar kepada syarikat penjanaan kuasa, diselaraskan setiap suku tahun untuk mencerminkan perubahan dalam kos bahan api dan penjanaan kuasa.

Tarif gas bandar akan turun sebanyak 0.03 peratus setiap kWj dalam tempoh yang sama, juga disebabkan kos yang lebih rendah, kata City Energy, pengeluar dan peruncit gas berpaip, dalam satu kenyataan berasingan semalam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.054324 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list