CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23360|Reply: 13

[Tempatan] Enjin kereta jenama terkenal rosak selepas selenggara 20,000km

  [Copy link]
Post time 30-3-2024 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Enjin kereta jenama terkenal rosak selepas selenggara 20,000km
Oleh
AISYAH BASARUDDIN
30 Mac 2024 04:11pm


Heinrich mendakwa kereta yamg dibeli pada 2023 rosak pada bahagian enjin selepas melakukan penyelenggaran bagi jarak 20,000km. Foto Facebook Heinrich Tan

SHAH ALAM - Seorang pemuda kecewa apabila kereta yang dibeli pada 2023 rosak pada bahagian enjin selepas melakukan penyelenggaraan bagi jarak 20,000 kilometer (km).

Pemilik kereta berkenaan, Heinrich Tan mendakwa diminta membayar sendiri kos pembaikan kenderaan sebanyak RM13,000 dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan waranti.

“Hantar kereta untuk servis jarak 20,000km, dalam perjalanan balik nampak ikon suhu berkelip. Buka but ditemui tangki radiator kosong, baru siap servis kenapa kering ni?

“Pusat servis suruh bawa balik, lima mekanik periksa kereta tapi semua kata tak ada masalah. Tambah ‘coolant’ dan balik, kereta masih okay sampai petang.

“Sebelum ke Kuala Lumpur periksa sekali lagi paras ‘coolant’ dalam tangki radiator, kosong pula! Saya mengadu kepada pusat servis kenderaan jenama terbabit dan mereka akan tolong siasat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.



Heinrich memaklumkan, keretanya yang berusia satu tahun itu difahamkan tidak boleh membuat tuntutan waranti atas alasan enjin rosak atau ‘overheat’ sejak Julai 2023 berdasarkan laporan dikeluarkan oleh satu pusat servis di Johor Bahru sebelum ini.

“Kelakar betullah. Tiga perkara lucu di sini, kalau enjin sudah rosak enam bulan sebelumnya takkan pomen pusat servis pertama tak dapat cari kerosakan dan hanya tukar radiator yang bocor, kemudian biarkan saya bawa balik kereta?

“Macam mana saya masih boleh bawa kereta lebih kurang 14,000 km dan kenapa pomen dari pusat servis kedua pula tak pernah sebut apa-apa semasa buat servis jarak 10,000km serta 20,000km,” soalnya lagi.

Dalam pada itu, Heinrich berkata, dia bertegas bahawa siasatan dibuat ke atas keretanya amat melulu meskipun telah menggunakan perkhidmatan di kedua-dua pusat servis jenama berkenaan, malah mereka bertindak mahu menutup sahaja kes tersebut.

“Saya letih bertengkar dengan mereka, susah juga nak pinjam kereta orang lain tiap-tiap hari jadi terpaksalah bayar sendiri RM7961.45 (selepas diskaun) untuk baiki kereta.

“Sudah dua bulan lebih akhirnya kereta keluar dari bengkel, terkecewalah dengan servis jenama tersebut kali ini,” ujar Heinrich.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2024 05:48 PM | Show all posts
Honda City 2023 Enjin Rosak Selepas Service, Honda Kata Tak Boleh Claim Warranty Dan Kena Bayar RM13k Kos Baiki?!

Sudah tanya kawan-kawan berkeliling, semua rasa perkara ini mesti share untuk memeliharakan hak sendiri and supaya kejadian ini tidak berlaku kepada orang lain.

Kronologi peristiwa

[29/1/2024]
Hantar kereta ke Honda Ban Lee Heng Melaka untuk service jarak 20,000 km. On the way balik, nampak ikon suhu berkelip. Buka boot, temui tangki radiator kosong, eh baru siap service saja kenapa kering ni? Service center suruh bawa balik. Lima mekanik check kereta itu tau, semua kata takda masalah. Top up coolant, balik.

[30/1/2024]
Kereta masih ok sampai petang. Malam sebelum naik KL, check sekali lagi paras coolant dalam tangki radiator, kosong pula! Tak berani nak bawak kereta tu, pakai kereta mak dululah. Pada masa yang sama, aku complain juga kat Honda Malaysia, dia kata akan tolong siasat.

[31/1/24-6/2/24] -  Kat luar negara, tiada peluang untuk follow up

[7/2/2024] - selepas 1 minggu
Pagi aku panggil towing bawa kereta ke service center untuk checking. Petang Encik Amir dari service center habak ada campuran air dan minyak dalam enjin, kata enjin sudah rosak dan perlu hantar claim untuk warranty. Terkejut betul! Takpe, janjinya Honda settle masalah ni.

[14/2/2024] - selepas 2 minggu
Service center kata claim kena reject. Dia juga hantar quotation, suruh bersedia untuk bayar sendiri kos baiki, RM13,114.25. Terkejut sekali lagi, 13 belas ribuuuu!!! Aduh, kereta berusia tak sampai 1 tahun masuk bengkel dua kali. (Kali pertama pada bulan Julai 2023, radiator bocor terkena batu, nasib baik masa tu insurans cover dan kereta dibaiki oleh Yong Ming Honda JB.)

[26/2/2024] - selepas 1 bulan
Encik Faizol dari Honda Malaysia kata kes ini tak boleh claim bawah warranty sebab enjin sudah rosak pada bulan Julai 2023. Dia kata berdasarkan report dihantarkan oleh Yong Ming Honda JB pada bulan Julai 2023 yang menyatakan “engine overheat”, dia boleh membuat kesimpulan bahawa enjin sudah rosak masa tu. Kelakar betullah, tiga perkara yang lucu di sini, kalau enjin sudah rosak 6 bulan sebelumnya:

1) takkan pomen dari Yong Ming Honda JB tak dapat cari kerosakan itu, hanya tukar radiator yang bocor, kemudian biar aku bawak balik kereta tu? Eh, bahaya ni…

2) macam mana aku masih boleh bawak kereta tu untuk lebih kurang 14 belas ribu km? Eh, kereta solar ke?

3) kenapa pomen dari Honda Ban Lee Heng Melaka tak pernah pun sebut apa-apa semasa aku buat service untuk jarak 10,000 km dan 20,000 km? Eh, inspection untuk apa?

[28/2/2024]
Honda Malaysia kata nak tutup kes ini meskipun aku sudah menegaskan keputusan siasatannya terlalu melulu. Dia suruh aku cuba claim insurans atau terima 30% diskaun dari Honda Ban Lee Heng Melaka. Selain itu, dia kata warranty untuk enjin akan dikira “void”. Apasal pula??? Kedua-dua kali pun repair kat dia punya dealer, bukan bengkel luar pun! Macam ni pun boleh?

[6/3/2024] - selepas 1 bulan lebih
Memang tak puas hati dengan keputusan Honda Malaysia, aku pergi JB dengan sengaja (dari Melaka tau) untuk menjelaskan statement dari Yong Ming Motor Honda JB. Service manager sana menerangkan itu bukan maksudnya, “overheat” yang dia tulis adalah berdasarkan narasi aku mengatakan ikon suhu menyala, bukan bermaksud enjin sudah rosak. Selepas tu, mereka pun dah buat checking yang teliti baru biar aku bawak balik kereta tu. Yang pentingnya, mengikuti Yong Ming, Honda Malaysia tidak pernah call mereka tentang statement itu semasa siasatannya, then terus buat kesimpulan yang tidak menyeluruh. Adilkah?

[11/3/2024]
Adjuster insurans kata kes ini tidak akan diterima. Dia pun gelak semasa aku bagi tau dia siasatan Honda Malaysia yang kata enjin sudah rosak 6 bulan sebelumnya dan masih boleh jalan lagi 14 belas ribu km. Pertama kali dia dengar benda ini dalam kehidupan kerjayanya menjangkaui 20 tahun.

[13/03/2024] - selepas satu setengah bulan
Aku sudah letih bertengkar dengan Honda Malaysia, susah juga nak pinjam kereta orang lain tiap-tiap hari. Terpaksalah bayar sendiri RM7961.45 (selepas diskaun) untuk repair keretaku.

[28/03/2024] - selepas 2 bulan = hari ini
Sudah dua bulan lebih, akhirnya kereta keluar dari bengkel Honda Ban Lee Heng Melaka. Terkecewalah dengan Honda Malaysia kali ni.

Tuan-tuan dan puan-puan, harap boleh tolong share supaya Honda Malaysia boleh mengendali kes ini semula secara adil dengan menanggungi kos baiki and memberi kembali warranty 5 tahun untuk enjin.

Tolong juga share bagi kawan-kawan anda supaya mereka beri perhatian apabila berurusan claim dengan Honda Malaysia. Terima kasih untuk membaca artikel ini.


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung2 lps viral ni Honda ambik responsibility. Selalunya mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 06:50 PM | Show all posts
Mana tak rosak sebab mechanic kau letak radiator dalam boot.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca komen kt fb suruh boikot honda
Lammmmmberrttt lagii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2024 07:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Heinrich ko nama.. musti la pakai HHH
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut Pomen Kat Honda JB tu buat compression test Kat Enjin lepas tukar radiator tu. Tu Baru betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tak viral kot sebab H
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Import terus je la dari jepun. Ckd kualiti teruk. Haritu aku nampak kereta honda city takde nombor plate, balut plastik singgah makan kedai dekat trafic light sebelum masuk ke kilang honda dekat alor gajah tu. Lepas tu dia masuk balik ke simpang ke kilang tu. Itu kereta customer ke kereta kilang pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Heinrich ku igt german descent. Rupanya acah2 tan tin tun
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 30-3-2024 05:48 PM
Honda City 2023 Enjin Rosak Selepas Service, Honda Kata Tak Boleh Claim Warranty Dan Kena Bayar RM13 ...

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Spesel model type R- ringsek
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai jelah kereta Perodua.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.233859 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list